Utusan Borneo (Sarawak)

REMAJA CEDERA DIPUKUL GARA- GARA SALAH FAHAM

-

KUCHING: Gara-gara salah faham, seorang remaja cedera di kepala dipercayai dipukul objek keras dalam insiden pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Song Thian Cheok awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun itu dikatakan sedang minum bersama beberapa rakannya.

Menurut sumber, terdapat sedikit salah faham antara mangsa dengan kumpulan lelaki lain berada di dalam premis berkenaan sehingga tercetus pergaduhan.

Pergaduhan berlanjuta­n sehingga ke luar kawasan premis mengakibat­kan mangsa cedera di kepala selain dipecayai patah kaki.

Bagaimanap­un, rakan mangsa berjaya menyelamat­kan diri daripada serangan kumpulan berkenaan.

Mangsa berlumuran darah kemudian dikejarkan hospital menerima rawatan lanjut.

Ketika di bahagian kecemasan, kawasan itu dipenuhi lebih 30 orang dipercayai rakan mangsa datang ke hospital sebaik mengetahui mengenai kejadian tersebut.

Namun, keadaan bertambah kecoh apabila rakan mangsa melarikan diri semasa insiden gaduh tersebut tiba di hospital.

Sumber berkata, segelintir lelaki dari kumpulan tersebut cuba bertindak memukul remaja berkenaan kerana tidak puas hati mangsa ditinggal berseorang­an semasa pergaduhan.

Namun, kekecohan tersebut berjaya ditenangka­n oleh pihak hospital dan polis yang berada di tempat kejadian.

Difahamkan, laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? CEDERA: Mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
CEDERA: Mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia