Utusan Borneo (Sarawak)

Duo Star di Astro Ria & Ria HD malam ini

-

PROGRAM realiti TV terbaharu berkonsepk­an pertanding­an nyanyian yang menampilka­n barisan penyanyi profesiona­l tanah air yang akan berpadu suara untuk mencari rentak serasi sebagai pasangan bintang duet yang dikenali sebagai Duo Star akan membuka tirainya pada malam ini.

Selama tujuh minggu, konsert mingguan Duo Star akan disiarkan pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di saluran Ria HD (123).

Lapan pasangan bintang yang bakal berentap di pentas Duo Star musim pertama ini adalah Syamel & Ernie Zakri, Asfan & Aweera, Awi Rafael & Kaka Azraff, Ila Damiaa & Yasin, Haiza & Aepul Drama Band, Ronnie Hussein & Sarah Fazny, Harris Baba & Ning Baizura dan Firman & Ayai.

Sementara itu, Dato’ AC Mizal telah diberi kepercayaa­n untuk menggalas tanggungja­wab sebagai pengacara.

Sistem pemarkahan akan diadili 100 peratus oleh pihak juri tetap yang telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menilai persembaha­n para peserta berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan.

Bagi merancakka­n lagi penerbitan program ini, dua pas- angan bintang duo yang mendapat markah terendah di akhir konsert akan diberi peluang kedua untuk membuktika­n mereka layak untuk terus kekal dalam pertanding­an. Kedua pasangan ini akan diberi cabaran untuk menyanyika­n ‘Lagu Takdir’ yang dipilih oleh pihak produksi di pusingan ‘battle’ sewaktu awal konsert di minggu yang seterusnya. Pasangan bintang duo yang paling menyerlah akan dikekalkan untuk terus bersaing di pentas Duo Star bersama pasangan bintang duo yang lain.

Tiga nama besar yang mendapat mandat sebagai juri tetap Duo Star musim pertama ialah pengarah muzik tersohor Dato’ Acis, penyanyi terkenal Dato’ Hattan serta Adibah Noor.

Untuk musim ini, Aura White Global Sdb Bhd hadir selaku penaja utama. Manakala Radio Sinar FM dan Aplikasi Raku pula hadir sebagai radio rasmi dan radio digital rasmi untuk menjayakan musim ini.

Juara Duo Star akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sementara naib juara pula akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.

Selain itu, pada setiap minggu Duo Star akan turut mengumumka­n pemenang persembaha­n terbaik menerusi ‘Anugerah Duo Star Pilihan Aurawhite’ yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan baucar Go Shop sebanyak RM1,000.

 ??  ??
 ??  ?? RONNIE HUSSEIN & SARAH FAZNY FIRMAN & AYAI
RONNIE HUSSEIN & SARAH FAZNY FIRMAN & AYAI
 ??  ?? ASFAN & AWEERA
ASFAN & AWEERA
 ??  ?? ILA DAMIAA & YASIN
ILA DAMIAA & YASIN
 ??  ?? NING BAIZURA & HARRIS BABA
NING BAIZURA & HARRIS BABA
 ??  ?? AWI RAFAEL & KAKA AZRAFF
AWI RAFAEL & KAKA AZRAFF
 ??  ?? HAIZA & AEPUL DRAMA BAND
HAIZA & AEPUL DRAMA BAND
 ??  ?? MALAM INI: Enam belas barisan peserta Duo Star bersama para juri dan penaja.
MALAM INI: Enam belas barisan peserta Duo Star bersama para juri dan penaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia