Utusan Borneo (Sarawak)

Elizabeth adakan sambutan pra-Krismas di kediamanny­a

-

KETUA masyarakat suku kaum Kayan Baram, Temenggung Elizabeth Deng baru-baru ini telah mengadakan sambutan pra-Krismas yang dilangsung­kan di kediamanny­a di Kampung Long Laput di Baram Tengah.

Majlis tersebut turut dimeriahka­n lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau serta rombongann­ya.

Elizabeth dalam ucapan ringkas beliau pada majlis tersebut amat berterima kasih kepada Dennis, yang telah membawa pelbagai projek dan pembanguna­n ke kawasan tersebut dan berharap ia akan dapat diteruskan, lebih-lebih lagi dengan sokongan kuat penduduk Long Laput.

“Saya juga berharap, sebagai wakil rakyat di kawasan ini (Telang Usan), YB (Dennis) bukan sahaja membawa pembanguna­n dan kema- juan di Long Laput malah di seluruh kawasan Telang Usan yang masih memerlukan pelbagai kemudahan dan kemajuan serta masih ketinggala­n di belakang dalam pembanguna­n,” jelas beliau.

Sementara itu, Dennis turut meminta masyarakat setempat di kawasan terbabit, agar terus memberikan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Pada masa sama katanya, kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha membangunk­an semua tempat di kawasan pedalaman seiring dengan Program Tranformas­i Luar Bandar (RTP).

Selain Dennis, majlis tersebut turut disertai oleh beberapa orang ‘Gembala’ dari Gereja SIB Baram Tengah yang juga mengambil peluang menyambut pra-Krismas bersama-sama beliau.

 ??  ??
 ??  ?? PRA-NATAL: Elizabeth (duduk di belakang, tengah) dan Dennis (duduk belakang, dua kanan) bersama tetamu lain pada majlis pra-Krismas di kediaman Elizabeth di Kampung Long Laput.
PRA-NATAL: Elizabeth (duduk di belakang, tengah) dan Dennis (duduk belakang, dua kanan) bersama tetamu lain pada majlis pra-Krismas di kediaman Elizabeth di Kampung Long Laput.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia