Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n harga getah beri kesan positif kepada pekebun kecil

-

KLANG: Peningkata­n harga getah telah memberi kesan positif kepada lebih 440,000 pekebun kecil getah di seluruh negara, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan itu ialah kekurangan bekalan getah akibat musim hujan yang berpanjang­an di negara-negara pengeluar utama getah seperti Thailand dan Malaysia.

Selain itu, peningkata­n permintaan dari China akibat penguranga­n stok getaha di negara tersebut, katanya kepada pemberita selepas melawat perusahaan Lee Swee Kiat Group Bhd di sini kelmarin.

Lee Swee Kiat Group Bhd telah dinamakan di dalam Malaysia Book of Records sebagai pengeluar tilam terbesar dengan pengeluara­n tahunan sebanyak 4,008 tan lateks terempar setahun.

Katanya jumlah stok getah di China telah merosot kepada 175,000 tan sejak awal tahun 2016, merupakan rekod terendah dalam tempoh enam tahun.

Mah berkata peningkata­n permintaan dari China juga disebabkan sentimen positif daripada peningkata­n permintaan kenderaan di negara tersebut.

Katanya Malaysia perlu menghasilk­an lebih banyak produk hiliran getah untuk memastikan harga getah mampan.

Ditanya mengenai unjuran harga getah SMR 20 bagi 2017, beliau tidak dapat menjangka, tetapi berharap ia tidak jatuh mendadak kepada paras RM4 sekilogram.

“RM4 adalah di bawah kos pengeluara­n, sekurangku­rangnya (harga SMR 20) RM7 atau RM8 kerana ini merupakan pendapatan yang mampan untuk pekebun kecil getah,” katanya.

Mah berkata eksport getah dan produk getah pada tahun ini dijangka meningkat sebanyak dua peratus berbanding RM25.6 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas.

“Bagi 2017, dengan harga getah yang meningkat, sumbangan daripada getah dan produk getah akan bertambah,” katanya.

Katanya keluasan tanaman getah di seluruh negara berjumlah 1.07 juta hektar, dengan negeri pengeluara­n utama getah Kelantan, Pahang dan Kedah. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERKUALITI: Mah (duduk kanan) bersama Pengarah Urusan Kumpulan Lee Swee Kiat Berhad (LSK), Eric Lee Kong Sim (kanan) mencuba kualiti tilam keluaran syarikat itu pada majlis penyerahan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) untuk LSK kelmarin. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LSK Datuk Michael Tio (kiri) dan Pengerusi LSK, Lee Swee Kiat (tiga kiri).
— Gambar Bernama BERKUALITI: Mah (duduk kanan) bersama Pengarah Urusan Kumpulan Lee Swee Kiat Berhad (LSK), Eric Lee Kong Sim (kanan) mencuba kualiti tilam keluaran syarikat itu pada majlis penyerahan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) untuk LSK kelmarin. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LSK Datuk Michael Tio (kiri) dan Pengerusi LSK, Lee Swee Kiat (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia