Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Matang Hilir bangga kecemerlan­gan pelajarnya

- Oleh Nick Fletcher

BELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir Britney Laura Leadry mengharumk­an nama sekolahnya dalam bidang kokurikulu­m apabila mencipta beberapa kejayaan dalam aktiviti pengakap.

Anak Bidayuh dari Padawan ini kini meletakkan sasarannya untuk menerima Anugerah Pengakap Diraja menjelang akhir tahun depan setelah dia berjaya memperoleh­i Anugerah Rambu Muda pada tahun lepas dan baru-baru ini berjaya lulus ujian Rambu Pengakap Remaja.

Dalam Pentaksira­n Tingaktaan 3 (PT3) yang baharu diperolehi­nya, Britney turut cemerlang dengan mendapat keputusan 5A, 3B dan 1C.

Di samping lulus ujian pengakap dan dianugerah­kan dua lencana (Rambu Muda dan Rambu Remaja), Britney juga aktif menyertai perkhemaha­n pengakap, sama ada peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabang­sa.

Selain itu, dia juga memenangi hadiah ketiga dalam pertanding­an masakan rimba peringkat kebangsaan dan menyertai perkhemaha­n Skim Lencana Maju Jaya peringkat negeri.

Di samping itu, Britney juga merupakan pembimbing rakan sebaya (PKS) dan pengawas sekolahnya.

Hasilnya Britney memperoleh keputusan yang cemerlang dalam bidang kokurikulu­m PT3 tahun ini.

Ibunya Edlacer Michael, 34, berkata, beliau tidak pernah melarang Britney untuk bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulu­m, tetapi sentiasa memastikan anaknya itu mengimbang­i waktu belajar dan kegiatan kokurikulu­m.

Manakala menurut guru pemimpin pengakap SMK Matang Hilir Zainal Drahman, Britney cukup aktif dalam semua aktiviti pengakap dan merupakan contoh kepada pelajar-pelajar lain.

Seorang lagi pelajar cemerlang dalam aktiviti kokurikulu­m peringkat PT3 dari sekolah yang sama ialah Aaron Manggi Federick, pelajar berketurun­an Iban berasal dari Sibu yang mempunyai minat sangat mendalam terhadap sukan petanque sejak tingkatan dua lagi.

Malah, beliau turut mendapat keputusan PT3 yang baik iaitu 2A, 3B, 1C, 3D.

Aaron mewakili sekolahnya ke kejohanan Petanque Majlis Sukan Sekolah Menengah (MSSM).

Dia juga merupakan ketua kumpulan pengakap SMK Matang Hilir dan seorang pengawas sekolah.

Katanya, dia amat meminati sukan petanque kerana ia boleh membantuny­a menghilang­kan stres, malah dia mempunyai cita-cita untuk mewakili Sarawak dan negara dalam sukan berkenaan.

Bapanya, Federick sulu, 41, berkata, beliau menyokong penuh minat anaknya itu dalam sukan petanque.

Sementara itu, penolong kanan Penolong Kanan Kokurikulu­m sekolah berkenaan Sejali Basri berkata, pelajar di sekolah berkenaan memberi sambutan yang positif terhadap kegiatan kokurikulu­m, selain tumpuan dalam bidang akademik.

Katanya, di samping mencipta banyak kejayaan dalam pertanding­an sukan, SMK Matang Hilir turut mencipta banyak kejayaan dalam aktiviti pasukan beruniform.

Dalam bidang sukan, katanya sekolah itu melahirkan ramai pelajar yang mewakili Sarawak dalam sukan silat di Sukan Malaysia, Tang Soo Do di mana mereka memenangi 13 pingat emas ketika pertanding­an peringkat negeri dan tiga emas, dua perak dan dua gangsa dalam pertanding­an peringkat kebangsaan di Selangor tahun ini.

Di samping itu, katanya sekolah itu turut muncul pemenang tempat kedua dalam pertanding­an petanque peringkat kebangsaan tahun lalu serta berjaya melahirkan atlet sukan dart Wan Muazzam Wan Zainaudin yang kini mewakili pasukan Puma di Kuala Lumpur ke pertanding­an dart peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Katanya, dalam bidang akdemik sekolah itu turut mencatat kecemerlan­gan, khususnya dalam pertanding­an bahasa Cina kerana berjaya melahirkan ramai pelajar yang kreatif untuk memenangi pertanding­an peringkat kebangsaan pada setiap tahun.

“Tiga pelajar sekolah ini berjaya memenangi tempat ketiga pada pertanding­an peringkat kebangsaan yang diadakan di Melaka tahun ini,” tambahnya.

Menurut Sejali, guru pembimbing Yek Leh Meu baru-baru ini menerima anugerah khas daripada Kementeria­n Pendidikan hasil usahanya itu.

Pada PT3 tahun ini, dua pelajar sekolah itu memperoleh keputusan 9A, iaitu Lyly Dyana Udin dan Russel Ridgely Christophe­r.

Lyly Dyana telah membuktika­n bahawa kesibukann­ya terlibat dalam aktiviti kokurikulu­m tidak menghalang­nya untuk cemerlang dalam bidang akademik dengan memperoleh gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Ujian Bertulis, Bahasa Melayu (Lisan), Bahasa Inggeris Ujian Bertulis, Bahasa Inggeris (Lisan), Sejarah, Geografi, Mathematic­s, Science, Kemahiran Hidup BersepaduP­erdagangan dan Keusahawan­an.

Dalam pelaporan pentaksira­n psikometri­k pula menunjukka­n Lyly turut mencatat keputusan yang cemerlang dalam Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP), iaitu antara 50 peratus hingga 90 peratus.

Pelajar berketurun­an Bidayuh dari daerah Lundu itu turut cemerlang dalam Pentaksira­n Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK), iaitu aktif sebagai ahli Pandu Puteri dan turut mencatat gred A dalam tiga aktiviti yang disertainy­a.

Lyly menyertai perkhemaha­n Pandu Puteri peringkat antarabang­sa tahun lalu di Pulau Langkawi dan peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan bulan lepas.

Di samping itu, Lyly turut memenangi tempat kedua dalam pertanding­an melukis poster kelestaria­n alam semula jadi anjuran Kementeria­n Alam Sekitar dan Sumber Asli.

 ??  ??
 ??  ?? KEBANGGAAN SEKOLAH: Lyly (tengah), Britney (kanan) dan Aaron (kiri) diberi ucapan tahniah oleh Sejali.
KEBANGGAAN SEKOLAH: Lyly (tengah), Britney (kanan) dan Aaron (kiri) diberi ucapan tahniah oleh Sejali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia