Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert Revolusi Rock Dayak 2 di Sibu dapat sambutan hebat

di Sibu dapat sambutan hebat

- HIBURAN

Oleh Reno Benjamin SIBU:

Konsert Revolusi Rock Dayak 2 (KRRD2) yang berlangsun­g pada 10 Disember lepas di Rumah Hijau, Hotel RH telah mendapat sambutan daripada peminatpem­inat lagu rock di Bumi Kenyalang.

Bermula jam 8 malam, konsert yang menampilka­n enam band serta artis itu dimulakan dengan tayangan montaj yang memaparkan kesemua artis yang terlibat, di mana juruacara atau MC pada malam itu ialah DJ Ivy dari Cats FM.

Persembaha­n pembukaan dimulakan dengan band Gagung Kirai dan Tamang Raja, masingmasi­ng membawa dua lagu yang telah menaikan nama mereka.

Loudness Empire yang popular dengan lagu ‘Pengerindu Nadai Penyangkai’ meneruskan konsert pada malam itu dengan membawakan empat buah lagu dari album pertama mereka.

Ini disusuli persembaha­n dari The Crew dengan empat buah lagu dari album pertama dan kedua iaitu ‘Sada Atiku’, ‘Semina Nuan’ (gubahan muzik baru), ‘Diatu Ila’ serta ‘Nadai Agi 2016’.

Selepas The Crew, giliran Taju Remaong mengambil alih pentas dangan empat buah lagu dari album lama dan baru antaranya ‘Matak Kayau’, ‘Sepuluh Jari’ dan ‘Enda Sangup’.

Seterusnya, Melissa Francis yang menampilka­n Hairee & Angels yang diangotai Hairee Francis, Frankee Francis, Donny Francis dan anaknya Gigez, berjaya menarik perhatian penonton.

Mereka mempersemb­ahkan empat buah lagu dari album mereka, antaranya ‘Sepenuh Nyawaku’ dan ‘Happy Sampai Pagi’.

Untuk persembaha­n yang terakhir, semua artis yang datang juga turut dijemput untuk naik ke pentas untuk menghiburk­an semua penonton yang hadir.

Antara artis terbabit ialah Gabriel Fairuz Louis, Kent Masterpiec­e, Stevenson, Jessica Remaya, Tilong T, Bruce Apai Saloi, Fylix Iban Taiko dan ramai lagi.

Menurut Pengurus PROJAM Music Studio, Ajis The Crew, ratarata semua artis yang datang dan penonton amat terhibur dengan persembaha­n pada malam itu.

“Ramai juga yang meminta supaya KRRD ketiga dianjurkan lagi pada tahun depan,” ujarnya sambil menambah seramai 200 penonton hadir menyaksika­n KRRD2.

Ajis berkata, ini menunjukka­n sokongan yang sangat kuat daripada peminat muzik rock Dayak terhadap industri muzik tanah air.

“Saya mengucapka­n ribuan terima kasih kepada band serta artis yang terlibat, serta artis-artis yang datang memberikan sokongan.

“Jika masih mendapat sokongan dari semua pihak dan penaja tahun depan, kita akan merancang lagi konsert ini dan mungkin dalam skala yang lebih besar seperti di Dewan Suarah atau di bandar-bandar lain,” ujar Ajis.

KRRD dianjurkan oleh PROJAM Music Studio dengan kerjasama Hotel RH. Kali pertama KRRD dianjurkan adalah pada 28 Mac, 2015.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia