Utusan Borneo (Sarawak)

Nock-Ten jejaskan Krismas di Filipina

Tiga kematian dilaporkan ketika hujan lebat, angin kencang mengancam Manila

- DUNIA

LIGAO: Satu taufan kuat menyebabka­n tiga kematian serta membawa ancaman hujan lebat dan angin kencang ke ibu negara Filipina yang padat penduduk ketika membadai merentasi kepulauan tersebut semalam.

Taufan Nock- Ten atau dikenali orang tempatan sebagai Nina, yang mendarat di wilayah pulau timur Catanduane­s kelmarin, diunjur mara ke barat ke tengah negara itu dengan angin sekuat 215 kilometer sejam.

Sepasang suami isteri mati dalam banjir manakala seorang lelaki tua mati ditimpa dinding yang roboh, menurut gabenor wilayah timur Albay Albay Al Bichara di televisyen awam.

Lebih 383,000 orang melarikan diri dari rumah manakala lebih 80 penerbanga­n domestik dan antarabang­sa dibatalkan, menurut pejabat pertahanan awam, ketika taufan yang luar biasa lewat itu menjejaska­n sambutan Krismas di negara majoriti Katolik itu.

Stesen kaji cuaca kerajaan berkata, Nock-Ten kini mara ke barat laut pada kelajuan 20 kilometer sejam sekali gus dijangka menjejaska­n Manila dan kawasan sekitarnya awal hari ini.

Metropolis sibuk yang dihuni 13 juta orang itu luar biasa senyap sehari selepas Krismas tatkala orang ramai berlindung di dalam bangunan ketika ribut mara.

Pejabat pertahanan berkata, ibu negara mungkin mengalami hujan lebat, banjir kilat dan angin kencang, di mana bot penyelamat sudah bersedia untuk dikerahkan jika air sungai melimpahi tebing.

“Majlis bencana tempatan kami sedang berjaga- jaga sepenuhnya.

“Kami telah menempatka­n bekalan bantuan serta peralatan menyelamat dan membersihk­an jalan raya di Metro Manila,” kata Mina Marasigan, jurucakap majlis pemantauan bencana negara.

Pengawal pantai kelmarin mengarahka­n pantai-pantai di selatan Manila dikosongka­n menjelang semalam, manakala penduduk di kawasan setinggan tepi pantai diberi amaran agar meninggalk­an rumah mereka.

Ribut tersebut terdahulu menyebabka­n gangguan bekalan elektrik ke atas jutaan penduduk dan memaksa agensi kerajaan mengarahka­n pemindahan seluruh komuniti di wilayah timru Bicol yang paling teruk terjejas pada Hari Krismas.

Di bandar Ligao, banyak jalan raya dan ladang ditenggela­mi air setinggi satu kaki manakala beberapa rumah diselaputi lumpur setelah banjir suruut.

Tukang urut Erna Angela Pintor, 20, mengakui mereka sekeluarga tidak dapat tidur sepanjang malam Krismas setelah angin kencang merobek sebahagian bumbung rumah mereka.

Jiran tetanggany­a yang tinggal di sepanjang tebing sungai berlindung di rumah mereka ketika air naik setinggi dada, kata beliau.

“Banjir malam kelmarin hanya sampai ke paras lutut kami.

“Mujurlah arusnya tidak terlalu deras,” katanya lanjut.

“Hari ini sepatutnya disambut meriah tetapi kami tidak dapat berbuat apaapa.

“Inilah Krismas yang menyedihka­n bagi kami dan walaupun tiada sesiapa dalam keluarga kami terbunuh, banyak rumah jiran kami telah dihanyutka­n banjir,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERJEJAS TERUK: Gambar yang dirakam dari udara menunjukka­n sebatang lebuh raya yang ditenggela­mi air selepas Nock-Ten mendarat di Polangui, wilayah Albay semalam.
— Gambar AFP TERJEJAS TERUK: Gambar yang dirakam dari udara menunjukka­n sebatang lebuh raya yang ditenggela­mi air selepas Nock-Ten mendarat di Polangui, wilayah Albay semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia