Utusan Borneo (Sarawak)

Sedia timbang tukar kerusi

- TEMPATAN

SRI AMAN: Seramai 30 kanakkanak dari kawasan Sabu, Temudok dan Sri Jaya menerima sumbangan Hari Krismas daripada keluarga pemberita sambilan Utuan Borneo, Sri Aman di sini kelmarin.

Kelvin Lambai selaku pemberita sambilan Utusan Borneo di Sri Aman berkata, penyampaia­n hadiah Hari Krismas itu adalah sumbangan beliau dan ahli keluargany­a serta keluarga terdekat.

Beliau berkata ini adalah kali pertama keluargany­a memberi hadiah Krismas kepada kanak-kanak yang menyertai acara sembahyang sempena perayaan itu kelmarin.

Dalam pada itu, beliau serta keluargany­a akan menjadikan penyampaia­n hadiah Krismas itu sebagai acara tahunan.

Menurutnya, program itu sebenarnya tidak dirancang dan idea memberi hadiah itu timbul pada saat akhir menjelang Hari Krismas.

“Walaupun saat akhir segala apa yang kami rancang dan lakukan berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada ahli Jawatankua­sa Gereja St Lawrence Sabu kerana memberi kerjasama menjayakan majlis itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HADIAH KRISMAS: Salah seorang ahli keluarga Kelvin menggunaka­n pakaian Santa Claus (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada seorang kanak-kanak.
HADIAH KRISMAS: Salah seorang ahli keluarga Kelvin menggunaka­n pakaian Santa Claus (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada seorang kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia