Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki hampir bersara ditahan kerana positif dadah

-

LIMBANG: Seorang kakitangan sebuah jabatan kerajaan yang hampir bersara ditahan polis di sini, kerana didapati positif dadah dalam Ops Tapis di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, suspek berketurun­an Bisaya berusia 55 tahun itu ditahan di pekarangan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang sekitar jam 1.10 tengah hari.

“Ujian saringan awal air kencing dijalankan mendapati suspek positif amphethami­ne,” katanya di sini semalam.

Kes itu disiasat di ba- wah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sebelum ditahan, suspek membuat laporan polis selepas mendakwa diserang seorang lelaki yang dikenali sebagai Acai di rumahnya malam Rabu lalu.

Mohd Bukhori berkata, suspek mendakwa didatangi lelaki terbabit sambil membawa sebilah parang dalam keadaan marah dan memaki hamun serta menetak keretanya menggunaka­n parang seraya menyuruh suspek membayar hutang.

“Akibat bimbang dengan keselamata­n diri dan keluargany­a suspek membuat laporan polis sekitar jam 11.15 malam Rabu lalu,” katanya sambil menambah kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, dua lelaki yang asyik bermain judi siber dicekup polis dalam Ops Dadu di sebuah premis perniagaan di tingkat satu, Jalan Buangsiul di sini petang kelmarin.

Turut dirampas pelbagai barangan mengandung­i perisian judi siber termasuk enam unit tablet, tujuh unit tetikus, seunit computer peribadi, wang tunai RM100 dan pelbagai barang lain.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 ??  ?? RAMPAS: Polis memunggah barangan judi siber di sebuah premis Jalan Buangsiul, Limbang petang kelmarin.
RAMPAS: Polis memunggah barangan judi siber di sebuah premis Jalan Buangsiul, Limbang petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia