Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar maut selepas motosikal bertembung dengan van

-

KUCHING: Seorang pelajar maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang­nya bertembung dengan sebuah van dalam kejadian di Jalan Kuching-Sri Aman, kelmarin.

Mangsa, Ericson Kennedy, 15, dari Kampung Telagus, Simunjan disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Telagus sebelum dilanggar van dipandu Sia Yiik Kuong yang datang dari arah bertentang­an.

Menurut sumber, insiden malang itu dipercayai berlaku ketika mangsa cuba memasuki simpang di kawasan Kampung Jirok.

Van yang dipandu lelaki berusia 53 tahun itu gagal mengelak motosikal ditunggang mangsa yang tiba-tiba membelok ke jalan bertentang­an sebelum dirempuh.

Perlanggar­an itu menyebabka­n mangsa cedera teruk selepas dipercayai tercampak ke tepi jalan.

Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati oleh pihak ambulans sebaik tiba di tempat kejadian.

Bagaimanap­un pemandu van dari Bintangor itu tidak mengalami sebarang keceder- aan, sementara mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

Kes tersebut masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41( 1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? REMUK: Bahagian hadapan van yang dipandu lelaki dari Bintangor itu remuk.
REMUK: Bahagian hadapan van yang dipandu lelaki dari Bintangor itu remuk.
 ??  ?? BERKECAI: Keadaan motosikal mangsa selepas bertembung dengan van dalam kemalangan di Jalan Kuching-Sri Aman, kelmarin.
BERKECAI: Keadaan motosikal mangsa selepas bertembung dengan van dalam kemalangan di Jalan Kuching-Sri Aman, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia