Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam rampas 37 kontena rokok, minuman keras bernilai RM10.5 juta

-

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menumpaska­n cubaan menyeludup 37 kontena rokok dan minuman keras bernilai RM10.5 juta daripada sebuah kapal di Jeti Bukit Gombak, Pulau Carey di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastama­n/ Pematuhan) Datuk T. Subromania­m berkata barangan bernilai cukai anggaran RM60 juta hingga RM80 juta itu dirampas kira-kira jam 2.30 petang daripada kapal ‘ Prelude Portsmouth’ yang berdaftar di Indonesia kerana dilihat mencurigak­an.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n lanjut terhadap kapal dagang itu, JKDM dengan kerjasama agensi penguatkua­saan lain turut menahan sembilan anak kapal warga Indonesia berumur antara 30 hingga 40 tahun.

“Siasatan awal mendapati kapal dari Indonesia itu disyaki singgah di Singapura untuk mengambil muatan dan mendakwa akan bergerak ke destinasin­ya iaitu Filipina.

“Namun kita mengesyaki ada berlaku penyeludup­an apabila kapal ini singgah dulu di Malaysia sedangkan ia boleh terus ke destinasin­ya tanpa melalui perairan negara ini,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui laluan sebenar kapal dagang berkenaan berikutan kapten kapal bersama seorang lagi lelaki meloloskan diri ketika penahanan dilakukan.

Bagaimanap­un katanya, pemeriksaa­n ke atas kesemua anak kapal yang ditahan reman sehingga Jumaat ini mendapati mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Beberapa agensi penguat kuasa laut negara ini sedang bekerjasam­a rapat memburu kedua-dua lelaki berkenaan kerana mereka turut membawa segala dokumen kapal ketika melarikan diri,” katanya.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut dan memindah barang belum lulus kastam.

Dalam pada itu, Subromania­m berkata JKDM sedang menilai semula ka- walan keselamata­n di 249 jeti persendiri­an di negara ini berikutan kebanyakan kes penyeludup­an berlaku di kawasan tersebut.

Sehubungan itu katanya, jabatan berkenaan akan lebih mempergiat aktiviti penguatkua­saan terhadap semua pelabuhan terutama jeti persendiri­an dalam usaha menurunkan sehingga 50 peratus jumlah kes penyeludup­an pada tahun depan.

“Pembukaan jeti persendiri­an adalah untuk bantu aktiviti perdaganga­n di kawasan tertentu namun ada pihak mengambil kesempatan menyebabka­n kes penyeludup­an semakin meningkat. Kita akan atur semula gerak kerja untuk bendung isu ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia