Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita maut, kenderaan terjatuh ke dalam gaung

-

SIBU: Wanita berusia 35 tahun maut setelah kenderaan pacuan empat roda ditumpangi­nya terjatuh ke dalam gaung di Batu 62, Jalan Sibu-Bintulu berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Spiring di sini pagi semalam.

Sebuah ambulans EMRS dan FRT dengan kekuatan tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kemalangan sekitar jam 1.07 pagi.

Perjalanan sejauh 122 kilometer terpaksa diharungi sebelum tiba di lokasi kejadian jam 2.40 pagi.

Semasa di lokasi, pasukan penyelamat mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki dua orang mangsa terjatuh ke dalam gaung.

Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarka­n oleh orang awam dan dihantar ke hospital berdekatan.

Mangsa maut dikenali Jumit Empalah manakala pemandu kenderaan seorang lelaki, Lebit Madang, 55, mengalami kecederaan.

 ??  ?? ERICSON
ERICSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia