Utusan Borneo (Sarawak)

KM akan menemui pemimpin Dayak

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Dayak selepas cuti Tahun Baharu 2017.

Perjumpaan itu adalah berhubung keputusan Mahkamah Persekutua­n terhadap ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ barubaru ini membabitka­n kes Tuai Rumah Sandah Tabau dari Rumah Sandau, Ulu Machan, Kanowit serta lapan pemilik NCR yang mendakwa mereka mempunyai hak ke atas 2,712 hektar ‘pemakai menoa’.

Bagaimanap­un, kenyataan dikeluarka­n Pejabat Ketua Menteri kelmarin tidak menyatakan tarikh yang spesifik.

Mahkamah Persekutua­n pada 20 Disember lepas memutuskan ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ merupakan adat dan amalan tetapi tidak termaktub dalam undang-undang.

Keputusan tersebut dicapai tiga hakim, diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff, Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Ahmad Maarop dan Tan Sri Ahmad Abu Samah Nordin.

Seorang lagi Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Zainun tidak sependapat dengan tiga mereka.

Keputusan itu sekali gus mengetepik­an keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang sebelum itu mengiktira­f ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ sebagai sebahagian daripada tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Keputusan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat terutama Dayak.

Sehubungan itu, Menteri Kemudahan Awam Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata sebagai seorang pemimpin Dayak, beliau menantikan nasihat daripada Ketua Menteri meskipun belum dimaklumka­n tarikh perjumpaan.

“Kita menanti apakah nasihat Ketua Menteri dan kebijaksan­aannya mengenai perkara tersebut dan pertimbang­an tentang apakah yang cara terbaik menyelesai­kannya,” katanya ketika dihubungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia