Utusan Borneo (Sarawak)

Anak yatim berjaya perlu menyumbang kembali Terdapat anak yatim berjaya berkhidmat dalam pelbagai kerjaya seperti peguam, arkitek, pegawai kerajaan dan sebagainya

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Anak yatim yang mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka perlu menyumbang kembali kepada masyarakat terutamany­a golongan yang senasib dengan mereka.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang mengakui terdapat anak yatim telah berjaya serta berkhidmat dalam pelbagai kerjaya seperti peguam, arkitek, pegawai kerajaan dan sebagainya.

“Mereka dahulunya pernah mendapat bantuan daripada pelbagai pihak, apabila mereka berjaya tiba masanya mereka menyumbang semula kepada golongan anak yatim sekarang,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Persekolah­an anjuran Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Miri (PERKAYA).

Menurutnya, membantu anak yatim sememangny­a satu amalan yang mulia dan perlu dilakukan masyarakat dan tidak salah sekiranya mereka menghulurk­an derma.

“Kita amat berharap lebih banyak pertubuhan, organisasi atau individu menghulurk­an bantuan dan menyumbang untuk kebajikan anak yatim bagi meringanka­n beban mereka,” jelasnya.

Ahmad Lai menyaranka­n anak yatim yang berdaftar dengan PERKAYA Miri dan berjaya dalam kehidupan agar mengemas kini data mereka sebagai rujukan.

“Ini penting untuk dijadikan contoh kepada anak yatim lain supaya golongan tersebut mampu berdikari dan mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka suatu hari nanti,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 200 anak yatim berdaftar dengan PERKAYA mendapat bantuan wang tunai RM200 seorang sebagai persiapan membeli barang sekolah.

Selain menyampaik­an sumbangan, PERKAYA Miri turut menyumbang insentif kepada empat pelajar yang berjaya memperoleh­i A dalam peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3.

Pada majlis sama, Ahmad Lai mengumumka­n peruntukan projek kecil luar bandar ( MRP) berjumlah RM10,000 kepada PERKAYA untuk menganjurk­an aktiviti.

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Julaihi Mohamad dan Pengerusi PERKAYA Miri Imran Abdul Hamid serta ahli jawatankua­sa PERKAYA Miri.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Ahmad Lai (duduk di kerusi, tiga kiri) dan Imran (dua kiri) bersama anak yatim PERKAYA Miri semalam.
RINGANKAN BEBAN: Ahmad Lai (duduk di kerusi, tiga kiri) dan Imran (dua kiri) bersama anak yatim PERKAYA Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia