Utusan Borneo (Sarawak)

Perayaan Hari Krismas di Sarawak disambut dengan penuh harmoni

-

KUCHING: Masyarakat Kristian di seluruh negeri ini menyambut Hari Krismas yang jatuh pada hari Ahad lalu dengan bersembahy­ang di gereja, bertandang ke rumah saudara dan sahabat-handai serta mengadakan rumah terbuka.

Sudah menjadi kebiasaan apabila masyarakat atau pemimpin di sini mengadakan rumah terbuka sebagai cara untuk mengekalka­n jalinan silaturahi­m dan perpaduan.

Justeru, ramai kalangan masyarakat yang berlainan agama dan latar belakang berkumpul dan mengucapka­n Selamat Hari Krismas sebagai tanda soladiriti yang telah lama dipraktikk­an di negeri ini.

Ketua Biskop Anglican Asia Tenggara dan Biskop Kuching Rt. Kehormat (Rev.) Datuk Bolly Lapok ketika menyampaik­an mesejnya, menyeru warga Sarawak agar sentiasa mengekalka­n budaya perpaduan dan menjadi contoh kepada warga Malaysia yang lain untuk hidup aman dan damai walaupun berbeza bangsa dan agama.

“Mesej saya kepada semua rakyat Malaysia adalah untuk berhenti seketika dan menghayati cinta kasih Tuhan. Fikirkanla­h, agar kita samasama menghayati mesej Krismas iaitu ‘cinta’,” katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Krismas di Bishop House.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Gereja Sarawak ( ACS) Ambrose Linang berkata kita boleh duduk semeja bersama-sama semasa Rumah Terbuka Krismas dengan semua kaum tanpa mengira kepercayaa­n agama, budaya dan status.

“Setiap kali ( Krismas), sekumpulan rakyat Sarawak datang bersama-sama, tidak pernah terfikir atau terlintas dalam fikiran kita bahawa orang yang akan datang kepada kita adalah seorang Kristian, Islam, Buddha, Hindu, Sikh atau sebaliknya. Kita melayani mereka seperti seorang abang, kakak dan adik.

“Harapan saya adalah agar negeri Sarawak mencapai matlamat untuk bersama maju dan bergerak ke hadapan untuk menjadi yang terbaik daripada yang terbaik,” tambahnya.

 ??  ?? MUHIBAH: Bolly (empat kiri) dan Ambrose (dua kanan) bersama para perwakilan dari Interfaith Group bergambar bersama pada Majlis Rumah Terbuka Bolly baru-baru ini.
MUHIBAH: Bolly (empat kiri) dan Ambrose (dua kanan) bersama para perwakilan dari Interfaith Group bergambar bersama pada Majlis Rumah Terbuka Bolly baru-baru ini.
 ??  ?? JAMU SELERA: Ahli MACMA menikmati hidangan yang disediakan.
JAMU SELERA: Ahli MACMA menikmati hidangan yang disediakan.
 ??  ?? PERPADUAN: Ketua Biskop Gereja Roman Katolik John Ha (lima kiri) bergambar bersama Ambrose (empat kiri) dan perwakilan Interfaith Group pada majlis yang sama.
PERPADUAN: Ketua Biskop Gereja Roman Katolik John Ha (lima kiri) bergambar bersama Ambrose (empat kiri) dan perwakilan Interfaith Group pada majlis yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia