Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba sentiasa sedia hadapi kemungkina­n banjir

Bomba mula bersiap sedia menghadapi banjir seawal Oktober lagi, kata Nor Hisham

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Meskipun bencana banjir sinonim berlaku pada penghujung dan pembuka tahun, persiapan rapi bagi menghadapi bencana tersebut tetap dilakukan terlebih awal.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Nor Hisham Mohamad, secara umumnya, pihaknya mula bersiap sedia menghadapi banjir seawal Oktober lagi.

“Kesemua anggota (bomba) kami kini telah bersiap sedia sepenuhnya menghadapi sebarang kemungkina­n berlakunya banjir pada musim tengkujuh di seluruh negeri ini.

“Walaupun bencana ini kadangkala tidak dapat diduga, namun persiapan lebih awal tetap dilakukan termasuk menyedia dan mengarahka­n kelengkapa­n utama termasuk kenderaan penarik, lori dan bot berada dalam keadaan sedia beroperasi,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp kepada pemberita semalam.

Kesemua anggota (bomba) kami kini telah bersiap sedia sepenuhnya menghadapi sebarang kemungkina­n berlakunya banjir pada musim tengkujuh di seluruh negeri ini.

Selain itu jelasnya, cuti setiap anggota bomba turut dibekukan buat sementara waktu dan seramai 1,100 anggota di seluruh negeri kini menunggu isyarat tindakan bila-bila masa.

Katanya kesemua anggota yang ditugaskan akan diarah bertindak mengikut keadaan banjir dan jumlah kawasan yang terjejas.

“Buat masa ini kita masih giat memantau rapi paras sungai di hulu dan kesan pasang surut serta kelebatan hujan,” jelasnya.

Sebelum ini, Nor Hisham turut berkata, JBPM Negeri sentiasa bersedia menghadapi banjir terutama di kawasan Kuching, Samarahan dan Mukah sekiranya berlaku lagi pada tahun ini.

Bagaimanap­un katanya, berdasarka­n laporan meteorolog­i, berlakunya La Nina yang lemah dan kemungkina­n tidak berlaku banjir seperti sebelum ini.

Tambah beliau lagi, sebanyak 56 aset air pelbagai jenis dimiliki masih belum mencukupi, sebanyak empat bot bagi operasi stabil jika dikira setiap balai sekurang- kurangnya mempunyai dua bot, namun apabila berlaku bencana agensi- agensi lain juga bergerak bersama dengan logistik yang dimiliki.

Nor Hisham Mohamad Pengarah JBPM Negeri

 ??  ?? KENANGAN: Para penerima sumbangan merakam kenangan bersama.
KENANGAN: Para penerima sumbangan merakam kenangan bersama.
 ??  ?? NOR HISHAM
NOR HISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia