Utusan Borneo (Sarawak)

Cuaca baik, hujan sekejap-sekejap bukan alasan untuk rasa selesa

-

KUCHING: Cuaca baik dan hujan sekejap-sekejap sepanjang Disember tahun ini jangan dijadikan alasan untuk terus berasa selesa dan mengabaika­n kemungkina­n banjir berlaku.

Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan rendah kelihatan masih belum melakukan persiapan rapi bagi menghadapi kemungkina­n bencana tersebut.

Berkemungk­inan mereka mengambil langkah tunggu dan lihat sekiranya terdapat petanda awal air akan mula naik atau selepas menerima arahan persiapan daripada pihak berkuasa.

Seorang pekerja swasta, Abang Ismail Abang Husairi, 26 berkata, kebiasaann­ya persiapan menghadapi banjir hanya akan dilakukan sekiranya paras air mulai naik hingga ke permukaan jalan.

“Biasanya kalau paras air naik hingga permukaan jalan, baharulah kami akan memindahka­n barang ke tempat lebih tinggi.

“Namun, setakat ini daripada apa yang saya lihat, cuaca begitu baik walaupun kita hampir memasuki penamat 2016, namun petanda banjir itu belum lagi kelihatan,” katanya ketika ditemui pem- berita di sini, semalam.

Dia yang menetap di Kampung Tanjung di sini berkata, paras air ketika ini masih pada paras normal dan belum menunjukka­n ia naik tinggi sehingga memasuki kawasan rumah.

“Setakat ini, belum ada tanda-tanda banjir lagi. Ka- lau dilihat pada tempoh sama tahun-tahun lepas, air pernah naik sehingga empat meter di dalam rumah saya,” ujarnya.

Sementara itu, Taufik Zaini, 28 berkata, persiapan menghadapi banjir masih belum dilakukan kerana air pasang besar masih belum berlaku.

“Saya rasa tahun ini ada sedikit kelainan daripada aspek cuaca. Hujan sekejap-sekejap dan cuaca baik sahaja.

“Namun demikian, saya tidak mengambil mudah perkara ini.

“Kalau ada petanda air akan mulai naik dan hujan tidak berhenti sepanjang hari, mungkin perabot dan barangan lain akan dipindahka­n ke tempat yang lebih tinggi dan selamat,” jelasnya.

Antara kawasan di bandar raya ini yang kerap dilanda banjir termasuk Taman Malihah, Batu Kitang, Batu Kawa, Kudei dan Tupong.

 ??  ?? TERIMALAH: Seorang pelajar yang juga anak ahli MACMA Cawangan Sarawak menerima sumbangan.
TERIMALAH: Seorang pelajar yang juga anak ahli MACMA Cawangan Sarawak menerima sumbangan.
 ??  ?? ABANG ISMAIL
ABANG ISMAIL
 ??  ?? TAUFIK
TAUFIK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia