Utusan Borneo (Sarawak)

PKR sedia timbang tukar kerusi dengan DAP

PKR sentiasa terbuka untuk membincang­kan perkara tersebut bersama DAP S’wak: Baru

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Sarawak sedia mempertimb­angkan pertukaran kerusi Parlimen dengan Parti Tindakan Demokratik ( DAP) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian yang memberitah­u, pihaknya sentiasa terbuka untuk membincang­kan perkara tersebut bersama DAP Sarawak.

“Kita boleh berbincang tentang perkara ini apa salahnya jika kita mempunyai satu kerusi dan mereka (DAP) juga mempunyai satu kerusi (yang hendak ditukarkan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat DAP Sarawak bertanding di kerusi Parlimen Miri pada PRU14 nanti semasa majlis rumah terbuka

Kita boleh berbincang tentang perkara ini apa salahnya jika kita mempunyai satu kerusi dan mereka (DAP) juga mempunyai satu kerusi (yang hendak ditukarkan). Baru Bian Pengerusi PKR Sarawak

Hari Krismas di kediamanny­a di Jalan Setia Raja di sini kelmarin.

“Malah, kita sentiasa terbuka untuk membincang­kan mengenai pengagihan kerusi PRU14 ini,” tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan itu.

Mengulas lanjut PRU14, Baru berkata ia tidak mungkin akan diadakan dalam masa terdekat ini memandangk­an isu berkaitan sokongan rakyat yang dihadapi Barisan Nasional (BN) masa kini.

“Mungkin beliau (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) akan membuat percubaan di Sabah dengan mengadakan Pilihan Raya Negeri di situ terlebih dahulu sebelum PRU14 untuk melihat sokongan rakyat terhadap BN,” katanya.

Pada PRU13 lalu, Baru bertanding di kerusi Parlimen Limbang menentang Hasbi Habibollah (BN) yang menyaksika­n beliau kalah dengan perbezaan undian 8,301.

PKR hanya menang di kerusi Parlimen Miri menerusi calonnya, Michael Teo Yu Keng dengan memperoleh­i 26,909 undi menentang calon BN Datuk Sebastian Ting Chiew Yew ( 24,917) dan calon STAR Chong Kon Fatt (306).

Antara tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka itu kelmarin ialah ADUN Batu Lintang See Chee How, Naib Presiden Wanita PKR Voon Shiak Ni dan Ketua Wanita PKR Sarawak Nur Hanim Hana Mokhsen.

 ??  ?? SELAMAT HARI KRISMAS: Baru (empat kiri) ditemani isterinya, Yu Ching Sieu merakam kenangan bersama See, Voon dan Hanim serta tetamu lain yang berkunjung ke kediamanny­a.
SELAMAT HARI KRISMAS: Baru (empat kiri) ditemani isterinya, Yu Ching Sieu merakam kenangan bersama See, Voon dan Hanim serta tetamu lain yang berkunjung ke kediamanny­a.
 ??  ?? KEKAL AMALAN: Dr Rayong (berdiri tiga kiri) bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung ke majlis rumah terbuka bersempena perayaan Krismas, di rumahnya di Kuching, Ahad lalu.
KEKAL AMALAN: Dr Rayong (berdiri tiga kiri) bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung ke majlis rumah terbuka bersempena perayaan Krismas, di rumahnya di Kuching, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia