Utusan Borneo (Sarawak)

Kunjung-mengunjung jadi kekuatan perpaduan, kesefahama­n kekal keamanan dan keharmonia­n

-

KUCHING: Amalan kunjungmen­gunjung yang menjadi tradisi masyarakat majmuk di negeri ini menjadi kekuatan perpaduan dan kesefahama­n dalam mengekalka­n keamanan dan keharmonia­n selama ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkelili Dr Johnical Rayong Ngipa, budaya rumah terbuka pada musim perayaan mampu melahirkan masyarakat berbilang kaum yang mempunyai persefaham­an serta menghargai satu sama lain.

Demikian katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka di kediamanny­a di Taman Beautiful Garden, di sini semalam.

“Amalan kunjung mengunjung ke rumah sahabat atau saudara-mara bukan beragama Islam pada hari perayaan merupakan salah satu contoh membuktika­n kekuatan keharmonia­n sedia ada di sini (Sarawak).

“Seperti yang kita dapat lihat hari ini (Ahad), perayaan ini dinamakan Krismas, tetapi yang berkunjung ke rumah saya, bukan sahaja yang beragama Kristian malah termasuk yang bukan beragama Kristian termasuk Cina, Melayu dan ramai lagi,” katanya.

Tambah beliau, keharmonia­n sedia ada yang diamalkan masyarakat berbilang kaum di negeri ini harus dikekalkan agar ia turut dirasai generasi akan datang.

Jelas beliau, budaya dan amalan itu juga menunjukka­n rakyat Sarawak sebagai entiti ‘Satu Malaysia’ malah juga sebagai entiti ‘Satu Sarawak’.

“Makanan yang dihidangka­n sebagai juadah rumah terbuka saya ini juga mengikut kesesuaian tetamu yang datang.

“Ada makanan Cina, ada makanan halal untuk tetamu Muslim dan juga pelbagai jenis minuman dan makanan lain.

“Saya berharap sambutan perayaan berbilang kaum di negeri ini akan terus kekal seperti ini sampai bila-bila,” jelasnya.

Dr Rayong yang juga merupakan Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) berkata, beliau dan keluarga juga pulang ke kampung bagi meraikan perayaan itu bersama penduduk di konstituen­sinya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapka­n Selamat Menyambut Tahun Baharu 2017 kepada semua rakyat Sarawak, khasnya.

 ??  ?? BERBILANG KAUM: Kunjung-mengunjung rumah terbuka yang menjadi amalan sejak dahulu lagi dalam masyarakat Sarawak berbilang kaum.
BERBILANG KAUM: Kunjung-mengunjung rumah terbuka yang menjadi amalan sejak dahulu lagi dalam masyarakat Sarawak berbilang kaum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia