Utusan Borneo (Sarawak)

Mengekalka­n keamanan kepelbagai­an agama merupakan cabaran terbaharu

-

SIBU: Mengekalka­n keamanan dalam kepelbagai­an agama merupakan cabaran terbaharu pada zaman ini, kata Pengerusi Persatuan Gereja Sarawak (ACS) Sibu Venerable Archdeacon Jamal Senada.

Menurutnya, cabaran itu datang apabila ada pihak cuba untuk memanipula­sikan agama untuk kepentinga­n diri sendiri.

“Agama merupakan anugerah Tuhan dan sangat suci serta tulen. Ia tidak seharusnya dimanipula­si oleh sesiapa pun.

“Bagaimana untuk kita terus hidup aman damai adalah sangat penting. Sebab itu kita tidak mahu mana-mana agama atau kepercayaa­n dimanipula­sikan oleh sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Antara Agama sempena Hari Krismas anjuran Kementeria­n Wanita ACS Sibu di Gereja St John’s Anglican di sini kelmarin.

Turut hadir Presiden Persidanga­n Tahunan Gereja Methodist Cina Sarawak Reverend Datuk Dr Su Chii Ann, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Masjid An-Nur Sibu Latiff Kupon dan ketuaketua agama pelbagai gereja dan kuil sekitar Sibu.

Beliau percaya semua agama mengajak kepada keamanan yang merupakan anugerah daripada Tuhan.

Sementara itu, majlis itu merupakan kali kedua diadakan selepas penganjura­n pertama pada tahun lalu oleh Gereja Methodist sempena sambutan Hari Krismas.

Ia dihadiri pelbagai komuniti pelbagai agama termasuk Persatuan Gereja Sarawak (ACS) Sibu terdiri daripada Roman Katolik, Methodist, SIB dan gereja Anglican selain persatuan Buddha dan Sikh serta kuil-kuil Hindu.

Majlis seumpama itu julung kali diadakan di sini semasa Majlis Rumah Terbuka Masjid An-Nur Sibu pada 2015 dianjurkan oleh Jawatankua­sa Masjid An-Nur Sibu.

Jamal berkata, masyarakat di Malaysia beruntung kerana kerajaan untuk menjalanka­n dasar kebebasan beragama.

“Justeru, semua masyarakat bebas menganuti agama masing-masing secara aman,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Tetamu bergambar kenangan di hadapan Gereja St John’s Anglican di Sibu sebelum majlis berakhir.
KENANGAN: Tetamu bergambar kenangan di hadapan Gereja St John’s Anglican di Sibu sebelum majlis berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia