Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan sabotaj TMP2017 dengan viral palsu

Ia hanya timbulkan keadaan panik, halang kedatangan pelancong, rugikan ekonomi penduduk

-

KUANTAN: Jangan sabotaj Tahun Melawat Pahang 2017 ( TMP2017) dengan menyebarka­n gambar dan video bencana palsu atau insiden lama melibatkan pusat peranginan di negeri itu.

Exco Pelanconga­n dan Kebudayaan Negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, tindakan tidak bertanggun­gjawab itu hanya akan menimbulka­n keadaan panik, menghalang kedatangan pelancong dan merugikan ekonomi penduduk setempat.

Menurutnya, kerajaan negeri telah berbelanja banyak untuk mempromosi­kan TMP2017, merancang ra- tusan acara pelanconga­n dan menambah baik kemudahan sebagai persediaan menyambut kedatangan 15 juta pelancong pada tahun depan.

“Saya memang sudah menjangka berlaku penyebaran perkara negatif atau benda tidak benar apabila kita mahu mengadakan TMP2017 yang akan memberi pendapatan kepada negeri, pemain industri pelanconga­n dan penduduk Pahang.

“Sepatutnya sebagai masyarakat yang bertamadun, yang sedang menuju ke arah negara maju, perbuatan menyebarka­n perkara tidak benar seperti ini tidak berlaku walaupun atas niat suka-suka,” katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Mohd Sharkar mengulas penyebaran gambar palsu kononnya kabel kereta kabel di Genting Highlands putus serta video limpahan air di Cameron Highlands yang merupakan insiden pada 2014 di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Beliau berkata orang ramai seharusnya mendapatka­n kesahihan daripada pihak berkuasa jika menerima video atau gambar, bukannya berasa teruja untuk berkongsi di laman sosial masing-masing.

“Malah, kami sendiri akan mengeluark­an kenyataan jika ada bencana yang berlaku. Untuk makluman, semasa musim hujan, kami akan dimaklumka­n perkembang­an terkini setiap jam bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini,” katanya.

Mohd Sharkar berkata pihaknya juga tidak teragakaga­k membuat laporan kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia jika keadaan itu terus berlanjuta­n sehingga menjejaska­n nama baik negeri dan TMP2017.

Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar juga kesal dengan tindakan golongan yang suka memviralka­n sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang daripada perbuatan mereka.

“Kami berharap dan berterima kasih dengan media yang membantu menyebarka­n maklumat benar. Kami juga sentiasa memantau perkembang­an di laman sosial kerana kami kini terpaksa bersaing dengan berita tidak benar di situ,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superinten­den Mohamad Mansor Mohd Nor juga menasihati orang ramai supaya tidak mudah menyebarka­n berita palsu kerana tindakan tersebut turut menyukarka­n pihak berkuasa.

“Sebagai contoh, dakwaan kabel putus di Genting Highlands yang dipercayai gambar kejadian di luar negara, telah menyebabka­n polis di Bentong berhadapan dengan banyak pertanyaan daripada orang ramai,” katanya. — Bernama

Saya memang sudah menjangka berlaku penyebaran perkara negatif atau benda tidak benar apabila kita mahu mengadakan TMP2017 yang akan memberi pendapatan kepada negeri, pemain industri pelanconga­n dan penduduk Pahang. Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin Exco Pelanconga­n dan Kebudayaan Negeri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia