Utusan Borneo (Sarawak)

Air empangan merosot: Petani disaran guna kaedah ‘tabur terus kering’

-

ALOR SETAR: Lebih 57,000 petani di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda ( MADA) disaran menggunaka­n kaedah ‘tabur terus kering’ bagi penanaman padi musim 1/2017 jika paras air di tiga empangan utama terus merosot akibat fenomena El-Nino.

Pengerusi MADA Datuk Othman Aziz berkata sehingga Khamis lalu, jumlah takungan air di ketiga-tiga empangan iaitu Empangan Muda, Pedu dan Ahing adalah sebanyak 49.16 peratus atau 741.54 juta meter padu.

Ini berbanding takungan pada tarikh yang sama tahun lalu sebanyak 1,405 juta meter padu, katanya.

“Keadaan ini boleh menyusutka­n hasil padi sehingga 15 peratus,” katanya di ibu pejabat MADA di sini semalam.

Justeru katanya, melalui kaedah tabur terus kering, bekalan air hanya diberi sebagai pengairan sokongan daripada air pengairan dan pergantung­an kepada air hujan untuk mengairi sawah.

“Sehubungan itu MADA akan menetapkan jadual tanaman padi musim 1/2017 yang bersesuaia­n dengan ramalan turunan hujan,” katanya.

Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, situasi itu bukanlah pertama kali sebaliknya pernah berlaku sebanyak lima musim sejak penubuhan MADA iaitu tahun 1978, 1987, 1991, 1992 dan 1993.

Dalam pada itu, Oth- man menyeru para petani mengambil berat isu kualiti padi bagi mengelak berlaku pemotongan nilai padi yang tinggi.

“Petani hendaklah memastikan petak sawah dikeringka­n seminggu lebih awal sebelum aktiviti penuaian dan memastikan kadar kemasakan padi berada lebih 85 peratus,” katanya.

Berdasarka­n rekod, kadar potongan padi bagi musim 1/2016 ialah antara 20 hingga 28 peratus manakala potongan musim 2/2016 sehingga 26 Disember ini turun sedikit antara 20 hingga 25 peratus. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Othman (kanan) menunjukka­n paras takungan air di Empangan Muda dan Ahning di Padang Terap dan Empangan Muda di Kuala Muda di Kedah yang mengalami penyusutan pada sidang media semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Othman (kanan) menunjukka­n paras takungan air di Empangan Muda dan Ahning di Padang Terap dan Empangan Muda di Kuala Muda di Kedah yang mengalami penyusutan pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia