Utusan Borneo (Sarawak)

Zon Keselamata­n di selatan Thailand mungkin dilaksana tahun depan

-

BANGKOK: Zon Keselamata­n (SZ) di selatan Thailand yang dinantikan sejak sekian lama, dijangka dibuka sebagai percubaan di satu kawasan yang dipersetuj­ui bersama pada separuh pertama tahun depan.

Jurucakap MARA Patani (Majlis Syura Patani) Abu Hafez al- Hakim berkata projek perintis SZ itu akan menjadi satu lagi ujian dalam usaha membina keyakinan di antara kerajaan Thailand dan kumpulan militan.

“Sesungguhn­ya, ini adalah satu langkah kecil ke hadapan dan satu cabaran besar bukan sahaja bagi pihak A dan B (Thailand dan MARA), tetapi juga bagi para wakil Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk tempatan yang akan menjadi sebahagian daripada SZ,” katanya dalam kenyataan semalam.

MARA Patani adalah badan yang menaungi beberapa kumpulan militan di selatan Thailand dan terlibat dengan beberapa pusingan rundingan damai tidak rasmi dengan Bangkok, hasil usaha Malaysia.

Abu Hafez berkata kedua-dua pihak menubuhkan Pasukan Teknikal Bersama (JTT) bagi membincang­kan penubuhan SZ pada 26 Oktober lepas dan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada tarikh itu.

Menurutnya isu SZ masih relevan dan merupakan agenda penting yang akan dibincangk­an.

“Perbincang­an mengenai SZ merupakan penilaian sebenar tentang sikap saling mempercaya­i, komitmen, tolak ansur dan bagaimana kedua-dua pihak boleh bekerjasam­a apabila ia dilaksanak­an kelak,” katanya.

Abu Hafez berkata pada mesyuarat kedua JTT mengenai SZ pada 22 November lepas, MARA Patani mengemukak­an tiga syor kepada pihak kerajaan Thailand untuk diberi pertimbang­an dalam usaha membina keyakinan sebelum SZ dilaksanak­an.

“Suasana pada mesyuarat kedua JTT lebih mesra serta santai dan ini menunjukka­n bahawa selepas dua tahun berbincang, indeks pembinaan keyakinan di antara kedua-dua pihak mula membuahkan hasil.

“Bagaimanap­un, jalan ke arah kerjasama dan persefaham­an penuh masih jauh di hadapan,” katanya.

Syor yang dikemukaka­n itu mengandung­i jaminan keselamata­n dan perlindun- gan terhadap wakil MARA Patani di peringkat tempatan dan pembebasan tahanan politik, yang dianggap boleh membantu kejayaan pelaksanaa­n SZ.

Abu Hafez berkata syor ketiga ialah supaya kerajaan Thailand membatalka­n cadangan membina loji jana kuasa menggunaka­n tenaga arang batu, yang menimbulka­n kontrovers­i serta penerokaan sumber asli lain di pedalaman wilayah selatan.

Pada mesyuarat JTT ketiga mengenai SZ pada 20 Disember lepas, kedua- dua pihak mencapai persetujua­n menegenai draf Rangka Kerja Umum mengenai Zon Keselamata­n dan ia akan dikemukaka­n kepada Jawatankua­sa Kerja Bersama untuk diluluskan kelak.

Persidanga­n MARA Patani kedua pada 12 dan 13 Disember lepas dihadiri lebih 60 peserta termasuk pemimpin terkemuka seperti Chegu Mae-Kutih, Awang Jabat, Kasturi Mahkota dan Ahmad Chu-Wo.

Pada akhir persidanga­n itu, MARA Patani menegaskan sekali lagi tentang komitmenny­a untuk menyelesai­kan konflik Patani melalui dialog secara aman dengan Thailand. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia