Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota APM nyaris lemas dalam operasi cari dua remaja

-

PASIR PUTEH: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh nyaris lemas ketika menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat dua remaja di Pantai Tok Bali semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Penolong Pegawai Bomba Azhari Elmi Mustofar berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, anggota berkenaan Azwan Dunia, 20, kelihatan tercungap-cungap dan hampir lemas semasa sedang mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas di pantai itu petang semalam.

“Ketika itu, Azwan berada di laut dengan air pada paras pinggangny­a. Beliau bernasib baik kerana diselamatk­an beberapa rakan yang berada dekat dengannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Azhar Elmi berkata Azwan kemudian dipapah ke tepi pantai, yang jaraknya kirakira 50 meter dari tempat kejadian, dan dipulihkan oleh anggota penyelamat lain sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Beliau berkata Azwan bernasib baik kerana mengikut arahan menggunaka­n tali keselamata­n ketika turun ke laut memandangk­an keadaan laut bergelora dan ombak besar ketika operasi mencari itu dijalankan.

Mengenai usaha mengesan dua remaja itu, Azhar Elmi berkata pihaknya akan menggunaka­n pukat pula bagi mengesan mereka.

“Pukat sepanjang 100 meter itu akan ditarik oleh sebuah bot ke arah laut manakala 15 anggota penyelamat akan menarik pukat itu dari darat.

“Kami akan tarik pukat itu menyusuri pantai sepanjang tiga kilometer bermula dari lokasi mereka dilaporkan hilang sehingga ke sempadan Bachok,” katanya.

Menurutnya kaedah itu digunakan selepas usaha mengesan mangsa menerusi unit skuba serta pemantauan bot di laut dan darat gagal berikutan ombak besar.

Semalam, dua remaja iaitu Azim Anizam, 14, dan Amir Azfa Rafar, 13, kedua-duanya dari Selising di sini, dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Tok Bali. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESAK NAFAS: Seorang anggota Pertahanan Awam hampir lemas akibat sesak nafas ketika menyertai operasi menarik pukat bagi mencari dua remaja yang hilang dikhuatiri lemas di Pantai Tok Bali semalam.
— Gambar Bernama SESAK NAFAS: Seorang anggota Pertahanan Awam hampir lemas akibat sesak nafas ketika menyertai operasi menarik pukat bagi mencari dua remaja yang hilang dikhuatiri lemas di Pantai Tok Bali semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia