Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas CEO TV Alhijrah terima anugerah khas Maulidur Rasul KETENGAH

-

DUNGUN: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah Datuk Che Wan Alias Che Wan Abdullah, 69, dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Wilayah Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) semalam.

Pengurus Besar Ketengah Omar Ismail berkata anugerah itu diberikan atas sumbangan dan jasa beliau terhadap masyarakat di wilayah Ketengah.

“Beliau merupakan antara contoh warga Ketengah yang cemerlang dalam kerjayanya dan banyak memberi sumbangan kepada masyarakat di wilayah dan negeri ini khususnya.

“Memangsang­atwajaranu­gerah ini diberi kepadanya dan kita harap semoga ia memberi inspirasi kepada masyarakat lain untuk turut sama menyumbang kepada Ketengah,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Maulidur Rasul di sini semalam.

Majlis yang disertai kira-kira 600 kakitangan dan masyarakat Ketengah itu disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyakat Negeri Roslee Daud yang juga Ahli Dewan Negeri Bukit Besi.

Sementara itu, Che Wan Alias berkata anugerah berkenaan merupakan satu penghargaa­n buat dirinya sebagai anak kelahiran Kampung Jerangau Sungai yang berada dalam wilayah Ketengah.

“Saya berterima kasih kepada Ketengah atas anugerah ini...sumbangan saya tidaklah terlalu besar, tetapi Alhamdulil­lah saya berterima kasih kepada Ketengah dan anggap ia sebagai satu penghargaa­n buat diri saya,” katanya.

Bapa kepada lima anak yang memiliki Sarjana Muda Bahasa Arab daripada Universiti Al Azhar, Mesir itu memulakan kerjayanya sebagai guru agama pada 1968.

Beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri selama 17 tahun bermula pada 1978 hingga 1995.

Che Wan Alias kemudian berkhidmat di stesen televisyen Media Prima Berhad sebelum menyertai TV Alhijrah dan bersara pada April lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia