Utusan Borneo (Sarawak)

MAPIM seru bantuan segera ke Aleppo

Situasi kemanusiaa­n sangat genting, jumlah pelarian meningkat kepada 80,000 orang

-

SEPANG: Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) semalam menyeru rakyat Malaysia untuk segera menyalurka­n bantuan kecemasan kepada mangsa krisis di Aleppo, Syria.

Pengarah Strategik MAPIM Sani Arabi Abd Halim berkata situasi kemanusiaa­n sangat genting di wilayah tersebut pada masa ini dengan jumlah pelarian meningkat kepada 80,000 orang dan amat memerlukan bantuan makanan serta perubatan.

“Kami menguar- uarkan bantuan sumbangan dihulurkan untuk mangsa konflik di negara melalui akaun Maybank 5628 3463 6987 atas nama Syria Emergency Appeal Dana Mapim,” katanya kepada media sebelum berlepas ke Syria di sini semalam.

“Dalam masa lima hari tabung derma untuk misi bantuan kecemasan Rescue Syria yang dilancarka­n di media sosial sebelum ini

Selain itu, rakyat tempatan juga akan menghadapi keadaan yang lebih sukar dengan kehadiran musim sejuk dan kita juga akan menghantar 3,000 selimut dan baju sejuk untuk kanak-kanak. Sani Arabi Abd Halim Pengarah Strategik MAPIM

berjaya mengutip sejumlah RM500,000,” katanya.

Sani yang mengetuai misi menghantar bantuan ke Alep- po bersama tiga yang lain berkata jumlah bantuan yang terkumpul itu bagaimanap­un masih jauh daripada sasaran iaitu sebanyak RM2 juta.

“Namun kita tidak mampu menunggu hingga sasaran tersebut dapat dikumpul memandangk­an keadaan yang sangat genting di sana. “Oleh itu kumpulan pertama ini yang diketuai saya sendiri akan berangkat dahulu ke Syria dan berada di sana selama 10 hari untuk menghantar bantuan makanan dan perubatan termasuk rancangan pembinaan 1,000 buah khemah untuk pelarian bernilai RM50,000,” katanya.

Sani berkata mereka akan turut mendapatka­n bekalan perubatan dari Turki dan membeli makanan daripada petani di kawasan Syria yang tidak terjejas.

“Selain itu, rakyat tempatan juga akan menghadapi keadaan yang lebih sukar dengan kehadiran musim sejuk dan kita juga akan menghantar 3,000 selimut dan baju sejuk untuk kanak- kanak,” katanya.

Beliau berkata bantuan yang disalurkan adalah misi kali ketujuh dilaksanak­an Mapim sejak tercetusny­a konflik di Syria.

Jelasnya rombongan yang kedua dijangka berlepas pada 15 Jan tahun depan dengan disertai 10 anggota MAPIM. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CAPAI MISI: Seramai empat sukarelawa­n Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang diketuai oleh Pengarah Pusat Strategik dan Korporat MAPIM Sani Araby Al Kahery (empat kanan), Naib Presiden MAPIM Abdul Aziz Bakar (tiga kiri) serta krew TV...
— Gambar Bernama CAPAI MISI: Seramai empat sukarelawa­n Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang diketuai oleh Pengarah Pusat Strategik dan Korporat MAPIM Sani Araby Al Kahery (empat kanan), Naib Presiden MAPIM Abdul Aziz Bakar (tiga kiri) serta krew TV...
 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Syed Hamid (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan berupa keperluan asas kepada entik-entik Rohingya pada majlis Serahan Barangan Dapur dan Pakaian Kepada Komuniti Rohingya di Sekolah Rohingya Pelangi Kasih Selayang Baru dekat Kuala Lumpur,...
— Gambar Bernama TERIMALAH: Syed Hamid (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan berupa keperluan asas kepada entik-entik Rohingya pada majlis Serahan Barangan Dapur dan Pakaian Kepada Komuniti Rohingya di Sekolah Rohingya Pelangi Kasih Selayang Baru dekat Kuala Lumpur,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia