Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji prosedur EMGS elak kemasukan pengganas sebagai pelajar: Jazlan

-

KUALA LUMPUR: Sistem Perkhidmat­an Global Pendidikan Malaysia (EMGS) perlu dikaji semula dengan mengambil kira saringan polis sebelum pelajar asing diberi visa untuk memasuki negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia perlu bagi mengelakka­n kumpulan pengganas menggunaka­n kemudahan tersebut bagi menyelinap masuk ke negara ini.

Menurutnya ketika ini kemasukan pelajar asing ditapis oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) menggunaka­n sistem EMGS, tanpa membabitka­n saringan polis atau tapisan imigresen seperti pekerja asing.

“Oleh itu, prosedur sistem EMGS perlu dikaji semula kerana saringan kemasukan pelajar asing yang berisiko tinggi sebagai bakal pengganas atau penjenayah tidak dapat dilaksanak­an dengan menyeluruh sebelum mereka tiba di sini,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas kewujudan anggota Daesh warga asing di negara ini serta kes empat warga asing yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas di beberapa lokasi antara 3 Nov dan 16 Dis lepas.

Warga asing yang ditahan termasuk dua pelajar di Universiti Antarabang­sa Al-Madinah di Shah Alam, Selangor dan seorang operator kilang di Johor.

Siasatan awal polis mendapati seorang daripada pelajar berkenaan pernah disiasat pihak berkuasa asing kerana terlibat dalam kumpulan militan Daesh.

Pelajar itu disyaki terlibat dalam percubaan mendapatka­n maklumat sensitif mengenai aspek keselamata­n di sebuah sekolah antarabang­sa di ibu negara manakala seorang lagi pelajar disyaki bersubahat dengannya.

Pemeriksaa­n lanjut juga mendapati seorang lagi suspek pernah ditahan di Timur Tengah pada 2010 kerana disyaki menganggot­ai kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Ketiga-tiga suspek yang ditahan di Selangor itu telah diusir pulang ke negara asal pada 22 dan 23 Nov lepas manakala operator kilang itu pula ditahan kerana disyaki merancang menyeludup senjata api ke Poso, Indonesia serta menyusup masuk ke Myanmar bagi melancarka­n serangan.

Nur Jazlan berkata keempat- empat suspek ditahan polis melalui pemantauan dan maklumat risikan selepas mereka memasuki negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan melalui Jabatan Imigresen mengawal pintu masuk rasmi seperti lapangan terbang, pelabuhan dan jalan darat tetapi masih terdapat juga suspek yang terlepas disebabkan maklumat mereka sebagai orang berisiko menjadi pengganas tidak dimaklumka­n oleh negara asal mereka.

“Mereka juga tidak dicatat dalam senarai suspek. Namun kita percaya ada juga anggota pengganas yang diseludup melalui jalan tidak rasmi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSEDIAAN: Orang ramai terutama ibu bapa mengambil kesempatan cuti umum dengan membawa anak-anak mereka membeli baju dan kasut sekolah sebagai persiapan menjelang sesi persekolah­an yang bakal bermula pada awal Januari depan semasa tinjauan fotoBernam­a...
— Gambar Bernama PERSEDIAAN: Orang ramai terutama ibu bapa mengambil kesempatan cuti umum dengan membawa anak-anak mereka membeli baju dan kasut sekolah sebagai persiapan menjelang sesi persekolah­an yang bakal bermula pada awal Januari depan semasa tinjauan fotoBernam­a...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia