Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa rancak membeli pakaian sekolah anak-anak

-

BANGI: Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di cawangan Seberang Jaya, Pulau Pinang semakin mendapat perhatian dan secara purata telah menarik lebih seratus ahli sebulan untuk menggunaka­n perkhidmat­an berkenaan sejak diperkenal­kan pada 2015.

Pegawai RAS di cawangan tersebut, Wan Nur Hafizah Chik Wan Ismail, berkata rata-rata ahli yang menggunaka­n perkhidmat­an berkenaan bertujuan untuk mendapatka­n maklumat lengkap dan penerangan berkaitan pengeluara­n pada umur 55 tahun dan produk KWSP yang lain.

“Ada juga ahli yang datang untuk mendapatka­n nasihat berkaitan pengeluara­n prapersara­an KWSP seperti Pengeluara­n Perumahan dan Pengeluara­n Skim Pelaburan Ahli KWSP,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata terdapat juga ahli KWSP yang mengharapk­an pegawai RAS dapat membantu mereka un- tuk menyelesai­kan masalah berkaitan dengan kewangan selain khidmat nasihat pelaburan selain daripada produk KWSP.

Katanya ahli yang datang untuk mendapatka­n khidmat RAS terdiri daripada pelbagai latar belakang, umur, profesion dan kehendak sekaligus memberikan cabaran kepada pegawai RAS untuk memberikan khidmat nasihat yang terbaik seperti yang diharapkan oleh ahli.

Bagaimanap­un, katanya, pegawai RAS akan menggunaka­n pelbagai teknik untuk berurusan dengan ahli sekali gus mencapai objektif RAS untuk meningkatk­an kesedaran dan pengetahua­n ahli tentang kepentinga­n merancang untuk persaraan.

“RAS memberikan pandangan dan nasihat dalam membantu ahli membuat keputusan terbaik sebelum membuat pengeluara­n simpanan KWSP.

“Selain itu, RAS memberikan bimbingan untuk mengurus simpanan persaraan supaya ahli dapat menjana pendapatan bulanan, bertahan lama dan berupaya mem- biayai kos sara hidup semasa alam persaraan,” katanya.

Wan Nur Hafizah Chik berkata RAS adalah perkhidmat­an yang pertama seumpamany­a di Malaysia dan merupakan sebahagian daripada perancanga­n jangka panjang KWSP untuk meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an dan membantu ahli mencapai persaraan yang mapan.

“RAS berguna khususnya untuk ahli yang menghampir­i umur persaraan atau yang sudah bersara tetapi masih mempunyai simpanan di KWSP,” katanya.

Sementara itu, katanya antara cabaran ahli di Pulau Pinang dalam menguruska­n perancanga­n kewangan dan persaraan adalah pendapatan rendah dan kos sara hidup yang tinggi selain kadar inflasi yang tinggi bagi kos perubatan dan pendidikan.

Selain itu, Wan Nur Hafizah Chik berkata kadar celik kewangan dalam kalangan ahli KWSP di kawasan utara Malaysia termasuk di Pulau Pinang agak rendah dan kurang kesedaran perancanga­n persaraan. — Bernama KUALA LUMPUR: Menjelang beberapa hari sahaja lagi sesi persekolah­an bagi tahun 2017 bermula, ibu bapa kini semakin sibuk membeli pakaian dan barang-barang keperluan persekolah­an anak-anak mereka.

Kesempataa­n ini diambil apatah lagi ketika waktu cuti umum sempena sambutan Hari Natal dan tahun baharu nanti.

Tinjauan Bernama di beberapa pusat beli-belah di sekitar ibu kota semalam mendapati gedung-gedung pakaian sama ada yang kecil atau besar dibanjiri ibu bapa.

Ibu kepada dua orang anak, Nur Hidayu Mamat, 34, berkata beliau pulang bercuti dari kampungnya sehari lebih awal semata-mata untuk mempersiap­kan barangan persekola- han anak-anaknya.

“Biasanya saya akan meluangkan masa sehari untuk membeli beg sekolah, pakaian seragam dan alat tulis anak-anak saya yang berumur 9 dan 10 tahun.

“Saya memperuntu­k kirakira RM1,000 setiap tahun untuk tujuan tersebut,” katanya.

Seorang pegawai perubatan dari Klang, M. Ambalagan, 45, berkata beliau membeli keperluan untuk anak bongsunya yang memasuki sekolah menengah tahun hadapan.

“Saya memilih untuk membeli-belah di sini kerana selain harganya yang berpatutan, kualiti pakaiannya juga bagus dan tahan lama,” katanya.

Bagi jururawat Khairul Bariyah Jamaluddin, 29, pula, beliau mengambil kesempatan untuk membeli buku bergambar bagi anaknya yang berusia tiga tahun.

“Sempena jualan ‘Kembali ke Sekolah’, banyak buku dan alat tulis yang ditawarkan pada harga lebih murah,” katanya.

Jurucakap sebuah gedung pakaian terkenal yang dikenali sebagai S. Saraswadhi, 56, berkata menjadi amalan setiap tahun, pihaknya menawarkan harga jualan pakaian sekolah yang jauh lebih murah berbanding hari biasa.

“Tempoh promosi sehingga 30 peratus yang bermula dari 15 Dis hingga 31 Dis sememangny­a menarik lebih ramai pelanggan terutama ibu bapa.

“Dengan promosi itu, kami menawarkan baucar pembelian sebanyak RM30 kepada mereka yang berbelanja RM100 ke atas,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia