Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem pendaftara­n khas bantu pelarian Rohingya

-

KUALA LUMPUR: Satu sistem pendaftara­n khas perlu diwujudkan bagi membantu pelarian Rohingya di negara ini, kata Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata ini antara lain bagi membolehka­n pelarian Rohingya yang berrdaftar mendapatka­n pekerjaan serta akses kepada pendidikan dan kesihatan.

“Terdapat 50,000 pelarian etnik Rohingya didaftarka­n dengan UNHCR (Pesuruhjay­a Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian) di negara ini, tetapi ada ramai juga yang tidak berdaftar.

Di dalam kad UNHCR ini mereka berstatus pelarian.

“Apa yang kita mahu, mereka ini didaftarka­n di bawah satu sistem supaya mereka ada hak menjalanka­n kehidupan di bawah undang-undang antarabang­sa sehingga selesai masalah di negara mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program ‘Garage Giveaway’ untuk etnik Rohingya di sini, semalam.

Katanya, sistem berkenaan juga perlu bagi mengelak etnik tersebut dianiaya pihak tertentu termasuk menjadi mangsa pemerdagan­gan manusia.

Dalam pada itu, Syed Hamid menegaskan bahawa pemimpin negara ASEAN perlu mengubah pendirian tidak mahu masuk campur hal dalaman negara lain bagi membantu menyelesai­kan isu etnik Rohingya di Myanmar.

“Kita mahu hormati ‘dignity’ sesuatu bangsa yang dicabuli. Kita mahu bantu agar isu Rohingya ini selesai,” katanya.

Justeru, katanya, negara ASEAN lain perlu lebih terbuka kerana isu etnik Rohingya hanya boleh diselesaik­an dengan penglibata­n bersama negara ASEAN itu sendiri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia