Utusan Borneo (Sarawak)

DRB-Hicom taja pemenang Paralimpik 2016 tunai umrah

-

SEPANG: Empat pemenang pingat Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos lalu, berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah di bawah tajaan sepenuhnya syarikat konglomera­t, DRB-Hicom Bhd.

Turut menyertai rombongan itu adalah 15 jemaah lain terdiri daripada anggota keluarga atlet, kakitangan Majlis Sukan Negara, wakil DRB- Hicom dan media. Ketua Bahagian Kumpulan Komunikasi DRB- Hicom Mahmood Abdul Razak berkata tajaan ini merupakan perhargaan oleh syarikat itu kepada atlet paralimpik yang telah mengangkat nama negara di persada sukan antarabang­sa.

“Ini merupakan sumbangan pertama diberi DRB-Hicom kepada atlet paralimpik dan diharapkan akan menjadi pemangkin semangat kepada mereka dan atlet yang lain untuk terus berusaha mencapai kemenangan untuk Malaysia di masa akan datang,” katanya kepada media ketika menghantar rombongan tersebut di sini semalam.

Mohamad Puzi Mat Isa, bapa pemenang pingat emas dan pemegang rekod acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, berkata keberangka­tan beliau bersama Mohamad Ridzuan, isteri dan anak perempuann­ya ke Tanah Suci dianggap sebagai rezeki yang tidak dijangka. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia