Utusan Borneo (Sarawak)

Taktik premis hiburan bekal dadah membimbang­kan

Golongan sasaran adalah remaja, khususnya pelajar sekolah

-

ALOR SETAR: Kewujudan semakin banyak premis hiburan yang digunakan para penagih atau pengedar dadah untuk membekalka­n bahan terlarang itu kepada pelanggan semakin membimbang­kan, terutamany­a menjelang sambutan tahun baharu kerana menyasarka­n golongan remaja, khususnya pelajar sekolah.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata melalui formula ‘satu penagih dadah mencari empat mangsa/pelanggan’, penagih atau pengedar semakin berani dengan memasukkan dadah ke dalam botol minuman seperti Coca Cola atau Ribena atau di dalam rokok.

“Bekalan dadah ini berkategor­i, macam kedai runcit, contohnya kalau nak Eramin, Ectasy semua ada, ikut pelanggan. Sesiapa yang jenis berhibur dan ikut kawan yang ambil dadah, sudah pasti mereka boleh jadi penagih dadah dalam masa yang singkat.

“Biasalah kalau sambutan tahun baharu premis hiburan akan jadi tumpuan dan di sinilah para penagih atau pengedar dadah menjalanka­n aktiviti mereka,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini semalam.

Justeru beliau menasihati ibu bapa agar memberi perhatian serius terhadap pergerakan anak-anak mereka sama ada di sekolah atau pun di pusat hiburan agar tidak terbabit dalam kegiatan tersebut.

Dalam perkembang­an berkaitan, Asri berkata pihaknya telah membuat serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tembaga, Seberang Jalan Putra dekat sini kelmarin dan men- jalankan ujian saringan air kencing ke atas 115 pengunjung lelaki serta 56 wanita yang sedang leka meraikan ulang tahun penubuhan premis terbabit.

Serbuan pada jam 1 pagi itu (25 Dis) membawa kepada penahanan 18 lelaki dan empat wanita berumur antara 18 hingga 57 tahun yang didapati positif dadah.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n, polis menjumpai empat peket plastik mengandung­i dadah jenis Ketamin, satu peket plastik mengandung­i 85 biji pil Eramin 5, satu paket plastik dadah jenis Ecstasy dan satu botol Coca Cola 390 mililiter disyaki mengandung­i cecair dadah.

Turut ditemui lima bungkusan plastik mengandung­i lima batang rokok yang dipercayai mengandung­i bahan dadah dan satu botol mengandung­i dadah jenis Ketamin.

Penagih atau pengedar semakin berani dengan memasukkan dadah ke dalam botol minuman seperti Coca Cola atau Ribena atau di dalam rokok. Datuk Asri Yusoff Ketua Polis Kedah

Asri berkata seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang juga pengurus premis tersebut direman selama tiga hari bermula semalam untuk siasatan lanjut manakala 22 pengunjung yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan urin daripada Jabatan Patologi.

“Polis akan jalankan siasatan ke atas pemilik premis yang membenarka­n premis digunakan untuk tujuan menghisap, atau dengan kaedah lain, menggunaka­n sebarang dadah berbahaya,” katanya.

Beliau berkata keseluruha­n rampasan dadah bernilai RM6,000 dan polis tidak menolak kemungkina­n bekalan dadah yang terdapat di negeri ini diperoleh dari Pulau Pinang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13( C) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua- duanya sekali. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: AsriYusoff menunjukka­n sepucuk pistol jenis Revolver dan sebutir peluru yang dirampas dalam pemeriksaa­n di sebuah rumah di Taman Seri Pinang, Kulim awal pagi semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: AsriYusoff menunjukka­n sepucuk pistol jenis Revolver dan sebutir peluru yang dirampas dalam pemeriksaa­n di sebuah rumah di Taman Seri Pinang, Kulim awal pagi semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Asri (dua, kanan) menunjukan minuman ringan dan rokok yang mengandung­i dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Asri (dua, kanan) menunjukan minuman ringan dan rokok yang mengandung­i dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia