Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota polis cedera ditikam di perut

-

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Konstabel cedera ditikam di perut dengan objek tajam dipercayai kerambit dalam pergaduhan dengan dua lelaki di Selayang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata anggota polis berusia 26 tahun itu, yang bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, kini dirawat di Hospital Selayang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata berikutan kejadian jam 5.30 pagi itu, polis menahan reman keduadua lelaki itu, yang berusia 24 tahun, mulai semalam hingga Khamis.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripa- da tindakan mangsa membuat pesanan roti canai dengan suspek yang disangkany­a pekerja restoran berkenaan.

“Berikutan itu, semasa suspek beredar dari restoran berkenaan, seorang daripada suspek dikatakan menunjukka­n isyarat lucah kepada mangsa menyebabka­n mangsa mengejarny­a hingga berlaku pergaduhan serta menyebabka­n mangsa ditikam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Ali berkata kedua-dua suspek itu mengalami cedera ringan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabka­n kecederaan menggunaka­n senjata dan benda yang berbahaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia