Utusan Borneo (Sarawak)

Viral limpahan air di simpang PulaiCamer­on Highlands insiden lama

-

IPOH: Rakaman limpahan air deras dari lereng bukit di Kilometer 16, Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands yang menjadi viral kelmarin adalah insiden lama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika dihubungi Bernama di sini lewat malam tadi berkata beliau dimaklumka­n insiden itu berlaku pada tahun 2014.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Perak Lt Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata pihaknya telah membuat pemeriksaa­n dengan pelbagai agensi ter- masuk Jabatan Kerja Raya, polis serta bomba mengenai rakaman itu.

“Tetapi tiada manamana pihak berkenaan yang menerima laporan mengenai kejadian ( limpahan air) itu yang didakwa berlaku semalam ( Ahad),” katanya kepada Bernama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia