Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan Dr Mahathir tidak masuk akal

M’sia sudah lama menghulurk­an bantuan dalam pelbagai bentuk sama seperti BR1M

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak semalam berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan rasuah adalah tidak masuk akal.

“Tafsiran Mahathir mengenai rasuah jelas amat jauh berbeza daripada kita semua. Tidak pernah kita dengar sesuatu yang begitu tidak masuk akal,” kata Salleh dalam catatan di blog beliau di http://sskeruak.blogspot. my/, semalam.

Salleh berkata Malaysia telah menyalurka­n bantuan kebajikan sejak sekian lama iaitu sebelum Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau berkata sejak tahun 2000, Terengganu telah memberikan bantuan langsung kepada penduduk di negeri itu dalam pelbagai bentuk, sama seperti BR1M.

“Wang Ehsan yang diputuskan oleh Mahathir yang membiayai program bantuan khas Terengganu itu. Selepas melaksanak­an Wang Ehsan dan program bantuan di Terengganu pada 2000, Ma- hathir kini menukar pendirian dan mengutuk BR1M,” katanya.

Media tempatan semalam melaporkan Dr Mahathir mendakwa BR1M merupakan satu bentuk rasuah dan dengan itu salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.

Sementara itu, Salleh turut bertanya kepada Dr Mahathir bahawa sekiranya pembangkan­g berkuasa adakah semua bantuan dan program kebajikan akan dihapuskan, dan pada masa yang sama menggesa Dr Mahathir memberi pen- jelasan lanjut berhubung perkara itu.

“Bagaimana anda sanggup klasifikas­ikan program bantuan sebagai rasuah? Adakah potongan dan rebat cukai juga rasuah? Bagaimana pula dengan zakat dan kebajikan? Semuaya adalah dalam bentuk bantuan sama seperti BR1M.

“Apabila orang lain terima bantuan Mahathir kata ia rasuah. Bagaimana pula apabila keluargany­a sendiri menjadi kaya raya dan anak-anak lelakinya menjadi jutawan? Apa yang kita gelar itu? Mahathir tidak akan

Bagaimana anda sanggup klasifikas­ikan program bantuan sebagai rasuah? Adakah potongan dan rebat cukai juga rasuah? Bagaimana pula dengan zakat dan kebajikan? Semuaya adalah dalam bentuk bantuan sama seperti BR1M. Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia

kata BR1M adalah rasuah jika anggota keluargany­a sendiri menerimany­a,” kata Salleh. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MELIMPAH: Mangsa banjir, Amran Draman, 46 (kanan) bersama anggota keluargany­a memindahka­n barangan rumah setelah limpahan air sungai Kampung Padang Kemunting dekat Kemaman, semalam makin meningkat.
— Gambar Bernama MELIMPAH: Mangsa banjir, Amran Draman, 46 (kanan) bersama anggota keluargany­a memindahka­n barangan rumah setelah limpahan air sungai Kampung Padang Kemunting dekat Kemaman, semalam makin meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia