Utusan Borneo (Sarawak)

Nenek, dua cucu maut kemalangan di Jeli

-

JELI: Seorang nenek dan dua cucu perempuann­ya maut dalam kemalangan membabitka­n sebuah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 112 Lebuhraya Timur- Barat berhampira­n Kampung Batu Melintang Luar di sini kelmarin.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli ASP Ahmad Haizan Abdullah berkata kejadian kira- kira 4.40 petang itu membabitka­n Wan Zubaidah Md Zain, 53, serta cucunya, Putri Nur Sofea Mohamad Asriellazu­an, 2, dan Putri Nur Syufina Arora, 4.

Beliau berkata Wan Zubaidah dan Putri Nur Sofea meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan manakala Putri Nur Syufina Aurora meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Jeli sejam kemudian.

“Kejadian itu berlaku selepas motosikal Honda Wave yang dinaiki ketigatiga mangsa dirempuh sebuah kereta Honda City yang datang dari arah Grik menghala ke Jeli,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, Nur Asma Amira Zulkefli, 26, berkata anaknya Putri Nur Sofea sempat berpesan kepada bapanya, Mohamad Asriellazu­an Ibrahim, 28, yang bekerja sebagai buruh binaan, supaya tidak pergi bekerja kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia