Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspatriat gemar sambut Krismas dalam cuaca panas

-

ALOR SETAR: Setiap kali perayaan Krismas, rumah Peter Jayabalan, 52, di Taman Desa dekat sini, pasti menjadi tumpuan saudara mara dan rakan-rakan yang untuk meraikanny­a bersama.

Apa tidaknya, rumah yang dihias cantik dengan pokok Krismas bukan saja menjadi tumpuan sesiapa yang berkunjung, malah tuan rumah turut menyediaka­n pelbagai juadah dan kuih muih tradisiona­l 1Malaysia untuk dihidangka­n kepada tetamu.

Antara hidangan utama yang dihidangka­n ialah kuih siput, tat nanas, maruku, sapit, sarang semut, tosai dan hidangan utama seperti ayam kurma, nasi beriani, ayam piru dan aneka hidangan daging.

“Awal pagi lagi kami akan bangun menyediaka­n makanan, biasanya saya akan menjemput rakan pelbagai bangsa datang ke rumah bagi sama- sama meraikan perayaan Krismas,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di sini kelmarin.

Sudah menjadi rutin bagi Peter, walaupun hanya bekerja sebagai pengedar surat khabar di sekitar Alor Setar, untuk tidak membiarkan perayaan yang disambut setahun sekali itu berlalu begitu sahaja tanpa sambutan istimewa.

Seawal pagi kelmarin, beliau sekeluarga sudah bersiap untuk ke gereja bagi menghadiri upacara keagamaan dan sekembalin­ya ke rumah, anak- anak mereka sangat teruja kerana tidak sabar mahu membuka hadiah yang diberikan.

Jelasnya, beliau dan isterinya, Jaclyn Joseph, 42, mula sibuk menghias rumah dengan pokok Krismas kira- kira dua minggu sebelum perayaan, selain memikirkan hadiah yang akan diberikan kepada dua anak perempuan mereka.

“Malam sebelum Krismas, kami akan berkumpul dengan sanak saudara untuk makan bersama dan membuat persiapan akhir seperti memasak serta menyediaka­n kuih muih,” katanya.

Bagi anak perempuan- nya, Suzanna, 12, setiap kali menjelang Krismas, dia dan kakaknya, Fransisca Anne, 14, tidak sabar mahu mengetahui hadiah yang diberikan ibu bapa mereka.

“Perasaan teruja setiap kali menyambut Krismas kerana kami akan mendapat hadiah, ia seolah-olah menunggu ‘Santa Claus’ datang membawa hadiah di depan pintu rumah,” katanya. — Bernama ISKANDAR PUTERI: Pusat beli-belah di Johor Bahru dihiasi cantik dengan dekorasi perayaan Krismas seperti pokok Krismas, topi merah Santa Claus, tongkat gulagula, stoking, kotak hadiah, kek roti halia dan pelbagai biskut di samping diskaun dan promosi jualan menarik.

Tinjauan di beberapa pusat beli-belah dan pusat rekreasi di sekitar Johor Bahru mendapati suasana meriah itu bukan sahaja untuk menyambut Krismas tetapi juga Tahun Baharu 2017.

Beberapa ekspatriat yang ditemu bual menyatakan sambutan Krismas di Malaysia tidak banyak bezanya dengan sambutan di tanah air mereka, selain daripada faktor cuaca, satu daripada sebab mereka menyambutn­ya di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pelanconga­n di England, Mark Hanson, 44, berkata beliau dan keluarga sering menyambut Krismas di negara ini ekoran kemeriahan perayaan itu selain dapat meraikan sambutan perayaan lain.

“Saya tinggal di Malaysia sudah kira- kira 10 tahun sekarang dan sering berulang- alik ke England kerana isteri dan anak saya tinggal di Johor Bahru.

“Biasanya saya menghabisk­an cuti saya dengan melawat mereka dan ini merupakan perayaan bagi keluarga kami setiap tahun.

“Sambutan Krismas di England dan Malaysia tidak banyak bezanya kecuali cuaca di sini panas,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, apa yang agak merumitkan ialah kesukaran untuk mencari barangan di bawah satu bumbung di Johor Bahru, tidak seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang and Melaka.

“Di Kuala Lumpur, kami boleh dapatkan semua barang di satu tempat seperti di KLCC atau IKEA, begitu juga di Pulau Pinang dan Melaka, tetapi di Johor Bahru lain ceritanya kerana kami perlu ke beberapa tempat untuk membeli-belah,” katanya.

Pengarah di sebuah syarikat berkaitan ketenteraa­n, Peter Thomson, 50, berkata suasana sambutan Krismas di Malaysia agak serupa dengan suasana di tanah airnya, Australia, tambahan pula terdapat banyak pusat peranginan di negara ini.

“Ini merupakan kali pertama saya menyambut Krismas di Johor Bahru bersamasam­a isteri dan tiga anak walaupun saya telah tinggal di sini selama tiga tahun dan apa yang saya boleh kongsikan ialah rakyat Malaysia amat mesra dan saya suka tinggal di sini.

“Harga makanan dan kos hidup di Malaysia amat murah berbanding di Australia. Saya dan keluarga juga menghabisk­an cuti dengan melancong ke pelbagai pusat peranginan dan pusat rekreasi di Johor yang menawarkan percutian mesra keluarga,” katanya.

Marcus Finnick, 46, berkata sambutan Krismas di Malaysia memang ditunggutu­nggunya susulan promosi pelanconga­n yang ditawarkan memang berbaloi selain tawaran diskaun untuk pelbagai barangan.

“Saya bekerja dengan sebuah syarikat minyak dan sentiasa sibuk kerana perlu bekerja sepanjang tahun dan hanya bercuti untuk perayaan Krismas, jadi saya manfaatkan peluang ini untuk melawat kawasan tarikan pelanconga­n di Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIAH KRISMAS: Peter (kiri) dan Jaclyn (dua kanan) memerhatik­an gelagat anak-anak mereka ketika membuka hadiah sempena perayaan Krismas di rumah mereka di Taman Desa off Jalan Pegawai, di Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama HADIAH KRISMAS: Peter (kiri) dan Jaclyn (dua kanan) memerhatik­an gelagat anak-anak mereka ketika membuka hadiah sempena perayaan Krismas di rumah mereka di Taman Desa off Jalan Pegawai, di Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia