Utusan Borneo (Sarawak)

Josefa, si buta berhati emas

Aktif dengan kerja amal gereja, suka membantu orang lain

-

KUALA LUMPUR: Buta tidak pernah menghalang Reena Josefa, 45, daripada melakukan perkara paling disukainya - membantu orang lain.

Wanita yang bertutur lembut dari Gombak Setia, di sini menyertai upacara himpunan di Gereja Katholik St Joseph di Sentul sejak 2003 tetapi hanya dapat membaca kitab Injil setahun kemudian di upacara itu pada hari Ahad dua kali sebulan.

Injil beliau dicetak khas dalam bentuk Braille oleh seorang sukarelawa­n gereja.

“Bagi mereka yang berpenglih­atan biasa, Injil adalah dalam bentuk naskhah buku, tetapi milik saya terdiri daripada bacaaan Ahad, Krismas dan Easter di samping dua belas buku disusun dalam satu naskhah,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

Josefa mula buta ketika berusia 17 tahun akibat se-

Bagi mereka yang berpenglih­atan biasa, Injil adalah dalam bentuk naskhah buku, tetapi milik saya terdiri daripada bacaaan Ahad, Krismas dan Easter di samping dua belas buku disusun dalam satu naskhah.

jenis penyakit dan menjalani beberapa pembedahan hingga rawatan tahap akhir yang mengakibat­kan beliau hilang penglihata­n total.

Josefa berkata, dalam keadaan buta beliau perlu kuat semangat kerana beliau tidak boleh bergantung pada anggota keluarga selama-lamanya.

Wanita itu berkata beliau berhenti kerja dengan sebuah syarikat di Shah Alam berikutan nasihat doktornya memandangk­an beliau juga menghidap penyakit ‘ systemic lupus erythemato­sus’ (SLE).

(SLE sejenis penyakit autoimun dalam mana sistem imun tubuh menyerang tisu sihat. Ini boleh menjejas kulit, sendi, ginjal, otak dan organ lain).

Kini, Josefa lebih menumpu kepada membuat kraf tangan di rumah dan menjualnya kepada bekas rakan-rakan sepejabat.

“Saya juga membuat kerjakerja amal dengan anggota gereja yang juga punya kelainan upaya seperti saya menerusi program motivasi,” kata beliau.

Josefa yang tinggal bersama saudara perempuan dan iparnya berkata beliau menyerahka­n nasibnya kepada takdir.

Beliau menasihati golongan sepertinya agar bersikap positif dan tidak sekali-kali berputus asa sebaliknya yakin pada kebolehan diri.

Ditanya mengenai sambutan Krismasnya tahun ini, Josefa berkata beliau merayakann­ya secara sederhana sahaja memandangk­an bapanya baharu saja meninggal tiga bulan lepas.

Beliau berkata, selepas menghadiri upacara di gereja awal kelmarin, beliau akan menyambut ulang tahun kelahiran Jesus Christ dengan rakan-rakan dan keluarga di rumah. — Bernama

Reena Josefa Sukarelawa­n

 ?? — Gambar Bernama ?? MALANG: Gambar menunjukka­n mayat warga emas yang lumpuh ditemui tertimbus di bawah runtuhan papan dan kayu akibat tsunami pada 26 Disember 2004.
— Gambar Bernama MALANG: Gambar menunjukka­n mayat warga emas yang lumpuh ditemui tertimbus di bawah runtuhan papan dan kayu akibat tsunami pada 26 Disember 2004.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia