Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea pasukan yang paling bernasib baik

Klopp percaya sedikit tuah kecederaan yang memisahkan Liverpool dan skuad bimbingan Conte

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya sedikit tuah kecederaan di barisan serangan adalah apa yang memisahkan pendahulu Liga Perdana I n g g e r i s , Chelsea dengan pasuk a n - n y a ketika memb u a t persed i a a n p e r l a - w a n a n menentang Stoke City dalam aksi Liga Perd a n a

Saya pasti sehingga sekarang, Chelsea mungkin pasukan yang paling bernasib baik dari segi kecederaan pemain. Kami kehilangan Phil dan Daniel (Sturridge) dan Danny Ings pada saat yang sukar apabila kami benar-benar mengharapk­an kelibat mereka. Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

Ingg e r i s h a r i ini.

Liverpool meraik a n c u t i Krismas di tangg a kedua l i g a tetap i ketingg a - l a n enam mata di belakang Chelsea ketika m e r e k a bergelut menyaingi prestasi memberangs­angkan anak buah Antonio Conte. Liverpool hanya tewas dua kali sepanjang musim tetapi ketika ini merasai kehilangan pemain berpengaru­h, Philippe Coutinho ketika mereka membuat persediaan untuk dua perlawanan di tempat sendiri sebelum Tahun Baharu. “Saya pasti sehingga sekarang, Chelsea mungkin pasukan yang paling bernasib baik dari segi kecederaan pemain. Kami kehilangan Phil dan Daniel ( Sturridge) d a n Danny I n g s p a d a saat yang sukar apabila kami benar-benar mengharapk­an kelibat mereka,” kata Klopp ketika memberitah­u Sky Sports News. “Jika Hazard dan Costa cedera di Chelsea, adalah ia sama?” Coutinho hanya dijangka kembali beraksi s e l e p a s T a h u n Baharu k e r a n a kecederaan buku lali sementara pemain pertahanan, Joel Matip juga bergelut ketika Liverpool menanti kunjungan Stoke di Anfield dan kemudian Manchester City pada minggu berikutnya.

“Kami tidak dapat terburu- buru. Kami harus menerima bahawa kami perlu membuat keputusan berhati-hati dengan kecederaan serius seperti ini,” kata Klopp ketika bercakap tentang bila Coutinho dalam diturunkan.

“Bila sahaja beliau kembali, musim ini masih panjang untuk beliau membantu pasukan. Kami tidak dapat tergesa-gesa kerana beberapa perlawanan ini. Ia tidak dapat mempunyai pengaruh ke atas keputusan kami.”

Klopp, yang mengarahka­n pemainnya berlatih pada Hari Krismas walaupun mempunyai tambahan 24 jam untuk membuat persediaan menentang Stoke, mungkin mengekalka­n skuad yang sama ketika Liverpool menewaskan Middlesbro­ugh dan Everton.

Simon Mignolet mungkin akan mengekalka­n tempatnya di pintu gol selepas mengelak Liverpool bolos dalam dua perlawanan terakhir ketika Liverpool mahu mengekalka­n rekod cemerlang di tempat sendiri.

Mereka belum tewas dalam sembilan perlawanan di tempat sendiri dalam semua pertanding­an musim ini dan belum tewas di Anfield sejak Stoke menang 1-0 pada perlawanan kedua separuh akhir Piala Liga Inggeris pada 26 Januari tetapi Liverpool menang menerusi penentuan sepakan penalti.

Stoke akan bertandang ke Anfield dengan kegagalan memenangi tiga perlawanan terakhir, termasuk seri 2-2 dengan Leicester walaupun mendahului 2- 0 dan bermain dengan lebih seorang pemain.

Stoke sememangny­a tidak dapat membayangk­an jadual musim cuti yang lebih sukar kerana akan bertandang ke Chelsea pada perlawanan di Tahun Baharu tetapi pengurusny­a, Mark Hughes berasa yakin anak buahnya mampu mencipta kejutan.

“Kami sedar kedua- dua pasukan ini (Liverpool dan Chelsea) adalah sangat kuat dan juga ia adalah perlawanan yang sukar bagi kami tetapi kami harus memulakan perlawanan dengan kepercayaa­n sebenar,” kata Hughes.

“Tidak ramai yang memikirkan kami mempunyai satu peluang untuk mendapatka­n keputusan positif tetapi ia sememangny­a tidak terlintas dalam pasukan ini.

“Sudah tentu mereka mempunyai pemain yang boleh mengecewak­an kami tetapi kami juga mempunyai pemain yang boleh mengecewak­an mereka. Kami pergi Liverpool tahun lepas dan menewaskan mereka. Kami juga mengutip mata pertama kami di Stamford Bridge ( Chelsea) dalam liga, jadi kami tahu kami boleh pergi ke gelanggang lawan dan bermain dengan positif.”

Perlawanan ini akan menyaksika­n pemain tengah Stoke, Joe Allen, kembali ke Anfield buat kali pertama sejak berpindah ke Stoke dengan nilai 13 juta pound pada penutup musim.

“Saya tidak fikir beliau akan kembali ke sana dengan niat beliau mahu membuktika­n mereka ( Liverpool) membuat kesilapan menjualnya,” kata Hughes, di mana pasukannya tidak akan dapat menurunkan Marko Arnautovic kerana penggantun­gan.

“Kelab menjual pemain, itu lumrah dalam sukan ini. Saya fikir pemain sentiasa mahu bermain dengan baik apabila kembali ke bekas kelab mereka, tetapi beliau tidak perlu membuktika­n apa-apa.” — AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP
 ?? — Gambar Reuters ?? GANDINGAN MANTAP: Conte (kanan) meraikan kemenangan bersama Costa selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang West Bromwich Albion di Stamford Bridge, London dalam gambar fail bertarikh 11 Disember 2016.
— Gambar Reuters GANDINGAN MANTAP: Conte (kanan) meraikan kemenangan bersama Costa selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang West Bromwich Albion di Stamford Bridge, London dalam gambar fail bertarikh 11 Disember 2016.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia