Utusan Borneo (Sarawak)

John Terry tidak akan ke mana-mana

-

LONDON, England: Kapten Chelsea, John Terry, tidak akan ke mana- mana kelab pada bulan Januari depan, walaupun jika tawaran gaji lumayan datang dari China.

Pemain pertahanan berusia 36 tahun itu mahu terus kekal di Chelsea dan membantu kelab memenangi kejuaraan liga untuk apa yang mungkin musim terakhir beliau di Stamford Bridge.

Bekas kapten England itu tidak begitu kerap be- rada dalam perancanga­n pengurus Antonio Conte musim ini tetapi beliau tidak akan menimbangk­an masa depannya sehingga musim panas akan datang, dengan satu perpindaha­n ke China tidak akan berlaku bulan hadapan.

Kelab Liga Super China, Guangzhou Evergrande dijangka akan membuat tawaran kepada Terry apabila kontrak beliau berakhir pada akhir musim ini.

Terry kembali menjalani latihan penuh minggu ini selepas kecederaan yang menyebabka­nnya tidak dapat bermain sejak bulan lepas.

Ketika cedera, Terry tetap bersama-sama dengan pasukan pada perlawanan di tempat lawan dan turut hadir di pusat latihan kelab di Cobham untuk membantu menyelia sesi latihan.

Sementara itu, bekas bintang tengah Chelsea, Frank Lampard, 38, bersikap terbuka tentang menyer- tai semula Chelsea dalam tugasan yang berbeza.

Beliau memberitah­u rancangan Soccer AM: “Apa jua berlaku, dalam tugasan tertentu saya akan berada di Chelsea, atau sebagai penonton tiket bermusim.

“Saya tidak berminat dengan situasi di mana saya akan menamatkan kerjaya bermain dengan memikirkan apa perancanga­n saya selepas itu. Saya lebih tenang ketika ini.” — Reuters

 ??  ?? TERRY
TERRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia