Utusan Borneo (Sarawak)

Bersaing dalam Liga M’sia

Apek mahu KAFA selesaikan segera masalah kewangan

-

KUALA LUMPUR: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mahu masalah kewangan yang membelengg­u Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini diatasi segera.

Menurutnya, ia perlu bagi memastikan skuad The Red Warriors dapat membuat persediaan rapi menghadapi saingan Liga Malaysia (LigaM) 2017.

Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan ‘ Apek’ mengakui masalah itu sedikit sebanyak mengganggu emosi pemain tetapi yakin ia mampu diatasi oleh pengurusan pasukan.

“Kami (pemain) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n. Sekiranya keputusan kurang positif dicapai pada 29 Dis nanti, saya harap KAFA masih mengutamak­an kebajikan pemain yang telah banyak berjasa selama ini,” katanya.

Khairul Fahmi baharu dinamakan sebagai Penjaga Gol Terbaik buat kali kelima pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016, Jumaat lepas.

Sebagai rekod, Khairul Fahmi pernah memenangi anugerah sama dari 2010 sehingga 2013.

Menurut Khairul Fahmi, skuad Kelantan kini giat menjalani latihan pra-musim di bawah kendalian Zahasmi Ismail yang merupakan bekas pemain pasukan itu pada era 1990-an.

KAFA dilaporkan mahu menarik diri daripada Liga-M 2017 memandangk­an persatuan itu hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil sedangkan mere-

Kami (pemain) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n. Sekiranya keputusan kurang positif dicapai pada 29 Dis nanti, saya harap KAFA masih mengutamak­an kebajikan pemain yang telah banyak berjasa selama ini. Khairul Fahmi Che Mat Penjaga gol kebangsaan

ka memerlukan kira- kira RM15 juta untuk kos keseluruha­n pasukan tersebut.

Keputusan terakhir sama ada Kelantan akan menarik diri daripada menyertai Liga-M musim depan akan dibuat menerusi Kongres Luar Biasa KAFA pada 29 Disember ini.

Football Malaysia Limited Liability Partnershi­p (FMLLP) menetapkan tempoh akhir pendaftara­n pasukan untuk Liga-M 2017 pada 31 Dis ini.

Sementara itu, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menyerahka­n kepada KAFA untuk menentukan penyertaan mereka dalam Liga Malaysia (LigaM) musim depan.

Menurutnya hala tuju skuad The Red Warriors akan ditentukan Kongres KAFA pada 29 Disember ini dan beliau enggan membuat sebarang komen kerana bimbang ia akan

mempengaru­hi keputusan mereka.

“Saya tidak boleh beri apaapa komen kerana tidak lagi bersama KAFA dan saya tidak mahu mengganggu apa-apa keputusan yang akan dilakukan KAFA.

“Keputusan tersebut (menyertai atau tidak menyertai Liga M) akan diputuskan pada Kongres KAFA pada 29 Disember, jadi saya tidak mahu mempengaru­hi kata putus yang dilakukan KAFA... saya hanya bertindak sebagai penyokong sahaja,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TENANG: Khairul Fahmi (kanan) ketika menjalani latihan di Stadium Thuwunna, Thailand dalam gambar fail bertarikh 19 November 2016.
— Gambar Bernama TENANG: Khairul Fahmi (kanan) ketika menjalani latihan di Stadium Thuwunna, Thailand dalam gambar fail bertarikh 19 November 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia