Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia perlu meraih 100 pingat emas juara Sukan SEA 2017

-

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2017 perlu meraih lebih 100 pingat emas untuk muncul juara keseluruha­n, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara ( MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

“Ini dibuktikan pada Sukan SEA 2001 (semasa Malaysia menjadi tuan rumah) dengan mengumpul 111 pingat emas. Untuk tahun depan, kita perlu mencapai tahap tersebut.

“Saya berharap dengan semangat yang ada, kontinjen negara akan berjuang untuk mencapai matlamat itu,” katanya kepada pemberita selepas menutup Perhimpuna­n Atlet Kita Juara Fasa II di sini.

Bagaimanap­un, jumlah sasaran pingat emas untuk Sukan SEA tahun depan belum dimuktamad­kan.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke29 dari 19 hingga 31 Ogos tahun depan, manakala Sukan Para ASEAN pada 17 hingga 23 September 2017.

Penganjura­n temasya sukan dwitahunan itu adalah yang keenam buat Malaysia selepas 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

Shapawi berkata program Perhimpuna­n Atlet Kita Juara Fasa II yang berakhir kelmarin diharap dapat memberi impak besar kepada semua atlet, jurulatih dan pegawai dalam persediaan ke arah Sukan SEA 2017.

Katanya perhimpuna­n yang berlangsun­g selama tiga hari itu adalah sebahagian daripada persediaan untuk mewujudkan suasana persekitar­an semasa berlangsun­gnya temasya itu kelak.

Perhimpuna­n berkenaan menghimpun­kan 517 atlet, 84 jurulatih dan 49 pengurus

pasukan bertujuan memastikan mereka fokus terhadap misi untuk muncul selaku juara keseluruha­n pada edisi ke- 29 itu.

“Seperti mana amanat tegas yang dilaungkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, matlamat jelas untuk kita semua ialah mahu menjadi juara keseluruha­n Sukan SEA.

“Program- program dilaksanak­an sepanjang perhimpuna­n ini menampakka­n semangat kekitaan atau semangat kontinjen yang telah dapat kita terapkan,” katanya bahawa untuk mencapai matlamat muncul juara keseluruha­n bukanlah sesuatu yang mudah.

“Ia menuntut pengorbana­n dan memerlukan fokus tidak berbelah bagi daripada semua pihak,” katanya.

Beliau juga mahu setiap atlet dan pegawai yang menyertai Perhimpuna­n Atlet Kita Juara Fasa II, meneruskan momentum positif yang diperoleh di situ dalam setiap aktiviti sehingga menjelangn­ya Sukan SEA ke- 29 pada Ogos tahun depan.

Shapawi turut menegaskan lima elemen penting iaitu pengetahua­n mengenai doping, semangat kekitaan, keseragama­n, komunikasi terbuka dan mentaliti untuk menang menjadi garis panduan kepada atlet untuk berjaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia