Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan memupuk, perkasa perpaduan masyarakat

-

MUKAH: Sukan merupakan salah satu medium paling berpengaru­h kalangan masyarakat dan menyentuh pelbagai lapisan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata melaluinya ia dapat memupuk dan memperkasa perpaduan kalangan mereka.

“Semua lapisan rakyat dapat mengambil bahagian dalam 36 acara dipertandi­ngkan daripada peringkat kanak- kanak hingga warga emas,” katanya pada Majlis Perasmian Sukan Perpad- uan Telo di Stadium Mini Daro semalam.

Pesta sukan berlangsun­g dua hari iaitu bermula 26 Disember bakal berakhir hari ini menggabung­kan tiga buah kampung iaintu Pangtray dan Lemang Pek.

Menurutnya, selain aktiviti sihat juga dapat melibatkan belia dalam penganjura­n sesuatu program dan mengasah bakat mereka sekali gus dijadikan contoh kampung- kampung lain.

Dianggarka­n hampir 800 orang peserta melibatkan diri secara langsung dalam 36 acara dipertandi­ngkan.

Turut hadir Penghulu Yusuf Bakeri serta ketuaketua kaum dan pemimpin masyarakat.

Pada majlis sama, tiga Anugerah Ikon Belia dalam pelbagai bidang disampaika­n iaitu kepada Muhaimi Sahari - mewakili Sarawak acara sepak takraw SUKMA 2016 dari Kampung Pangtray.

Sementara Nurul Iliyana Mahmud, olahragawa­ti dari Kampung Tengah dan Yaib Suhaili, olahragawa­n dari Kampung Lemang Pek.

 ??  ?? TAHNIAH: Syafiee (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang salah satu acara dipertandi­ngkan pada pesta sukan di Daro semalam.
TAHNIAH: Syafiee (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang salah satu acara dipertandi­ngkan pada pesta sukan di Daro semalam.
 ??  ?? BERSAING: Semie (belakang enam kiri) bersama jawatankua­sa penganjur serta pasukan yang bertanding pada kejohanan itu.
BERSAING: Semie (belakang enam kiri) bersama jawatankua­sa penganjur serta pasukan yang bertanding pada kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia