Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja maut dilanggar lari ketika melintas jalan

-

KUNAK: Polismenah­anseorang budak lelaki berusia 12 tahun selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di sebuah rumah di Kampung Jaya Baru, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superitend­an Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, budak lelaki itu ditahan pada kira-kira jam 11 malam dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak yang diketuai oleh Asisten Superitend­an Abdul Rahman Beddu.

Katanya, ketika serbuan dibuat suspek sedang duduk di sofa di ruang tamu rumah itu sambil memegang sebuah beg kecil yang berisi enam peket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandung­i ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat tujuh gram.

“Kita turut menemui wang tunai berjumlah RM60 yang disyaki hasil daripada aktiviti jualan dadah,” katanya di sini, semalam.

Mohd Nasaruddin berkata, menerusi siasatan awal pihaknya, suspek yang baharu mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan lalu dipercayai telah dijadikan ‘keldai dadah’ selain sebagai orang tengah yang aktif mengedar dadah sekitar daerah ini.

“Siasatan kita juga mendapati suspek telah bergiat dalam aktiviti penjualan dan pengedaran bahan terlarang itu sejak hampir setahun lalu,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak polis memandang serius perkara ini dan akan menjalanka­n siasatan terperinci untuk mengesan dalang sebenar dan sindiket yang menggunaka­n kanak-kanak sebagai keldai dadah.

“Selain itu kita juga memburu individu yang membekalka­n bahan terlarang itu kepada suspek,” katanya sambil menambah suspek bersama barang rampasan kemudianny­a dibawa ke IPD Kunak untuk siasatan lanjut. KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki maut akibat kecederaan parah selepas dilanggar lari di Jalan Coastal berhadapan pusat beli-belah Imago di sini awal pagi kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Faizal Salleh, 16, dipercayai melintas jalan menuju ke Imago sebelum dilanggar sebuah kereta kira-kira jam 1.14 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, siasatan awal polis mendapati kenderaan suspek datang dari arah bandar raya menghala ke lampu isyarat Sutera Harbour.

Menurutnya kenderaan terbabit berada di lorong tengah dan ketika mangsa melintas jalan, suspek melanggar mangsa dan terus memecut tanpa memberhent­ikan kenderaann­ya.

“Akibat dari kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Doktor Aiza Salleh dari Hospital Queen Elizabeth (QEH).

“Mangsa tidak disyaki berada dalam keadaan mabuk dan kemalangan terbabit menyebabka­nnya mengalami kecederaan pada anggota badan,” katanya mengesahka­n kejadian di sini kelmarin.

Pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubung­i Pegawai Penyiasat Insp. Norkumala Osman di talian 0138834239 atau 088-310273.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia