Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan kurang bernasib baik terima sumbangan Krismas

-

TAWAU: Sempena sambutan Hari Krismas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat telah mengadakan program Ziarah Kasih di Kampung Hilltop, di sini.

Pada lawatan itu, Hamisa memberitah­u bahawa sepertiman­a perayaan-perayaan lain contohnya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu China dan Deepavali, golongan kurang bernasib turut menerima sumbangan sempena Krismas pada tahun ini.

Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, sehubungan itu meminta semua sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan menjadikan aktiviti membantu golongan tidak bernasib baik tidak terhad kepada perayaan tertentu sahaja ini sebagai budaya sepanjang tahun.

“Kita gembira dengan budaya beramal dengan penganjura­n begitu banyak program bagi menyalur bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik,” ujar beliau.

Beliau telah menyampaik­an sumbangan kepada ibu tunggal, Bebiana Petrus yang mempunyai sembilan anak dan salah seorang daripadany­a ialah anak orang kurang upaya (OKU).

Terdahulu beliau telah merasmikan Majlis Selawat Perdana Siri 2, sempena Maulidur Rasul 1438H / 2016M anjuran Badan Wanita Usia Tawau dengan kerjasama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Perhubunga­n Tawau di Masjid Bandar Tawau.

Beliau turut menyaranka­n ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak OKU agar mendaftark­an anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehka­n mereka menikmati pelbagai manfaat dan kemudahan yang disediakan.

Jelasnya, keengganan mereka untuk mendaftar anak OKU dengan JKM menyebabka­n golongan itu terlepas peluang menikmati insentif yang disediakan oleh kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia