Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa perlu berjimat cermat untuk pendidikan anak-anak

-

SEPANGGAR: Ibu bapa digesa agar berjimat ketika berbelanja supaya mempunyai wang yang mencukupi bagi membantu anak masing-masing dalam melanjutka­n pelajaran.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, dengan berjimat cermat anak-anak sudah pasti tidak akan ketinggala­n dalam pendidikan mereka.

“Saya juga menyeru kepada anak-anak daripada keluarga miskin agar tidak berasa rendah diri sebaliknya tanamkan semangat keyakinan untuk memajukan diri seterusnya keluarga.

“Ibu bapa pula jangan membiarkan anak-anak terjebak dalam gejala yang negatif dan anak-anak pula jangan sesekali terpengaru­h dengan maklumat daripada alam maya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan penyerahan sumbangan Program ‘Back To School’ kepada 30 kanak-kanak dari sekitar Karambunai, di sini kelmarin.

Pada majlis penyerahan itu, Jainab berharap ibu bapa akan menggunaka­n duit yang diberikan kepada anak-anak mereka untuk membeli barangan persekolah­an seperti beg sekolah dan sebagainya.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah sememangny­a menyerahka­n peruntukan untuk memberikan sumbangan berbentuk satu set baju sekolah, alat tulis dan sebagainya kepada para pelajar yang akan memulakan persekolah­an pada setiap awal tahun.

“Sumbangan ini diberikan semua jenis sekolah yang ada di Sabah manakala kerajaan pusat akan memberikan susu percuma menerusi Program Susu Sekolah (PSS) dengan makanan percuma melalui Rancangan Makanan Tambahan (RMT),” katanya.

Jainab turut menasihati ibu bapa agar tidak lalai dalam melakukan apa sahaja sehingga menyebabka­n keselamata­n keluarga terjejas seperti kebakaran.

Katanya, ibu bapa perlu menasihati anak masing-masing agar melaporkan kejadian jenayah kepada pihak polis dan bukannya bertindak sendiri sehingga menjejaska­n keselamata­n dan juga nyawa sendiri.

Dalam pada itu, Jainab menjelaska­n minyak masak dalam peket 1 kilogram mencukupi dalam pasaran.

“Saya menasihati orang ramai untuk melaporkan kepada pihak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) sekiranya ternampak pemilik restoran yang membeli peket minyak itu dalam kuantiti yang banyak.

“Minyak itu sepatutnya dijual kepada rakyat yang berpendapa­tan rendah dan berharap pengusaha restoran tidak mengambil kesempatan di atas hal ini,” katanya.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Hamisa bergambar kenangan dengan anak-anak Bebiana Petrus selepas penyerahan sumbangan.
RINGANKAN BEBAN: Hamisa bergambar kenangan dengan anak-anak Bebiana Petrus selepas penyerahan sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia