Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan ada yang tercicir

Maklumkan penduduk mengenai kemas kini BR1M: Jainab

-

TELIPOK: Pemimpin masyarakat diingatkan supaya memaklumka­n kepada penduduk kampung masingmasi­ng mengenai semakan status Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) yang sudah dibuka pendaftara­nnya pada awal bulan ini.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hala Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, langkah ini penting bagi mengelak berlaku kembali masalah keciciran nama pemohon.

“Kita tidak mahu ada masyarakat yang berhak mendapatka­n bantuan ini tercicir disebabkan tiadanya pemberitah­uan daripada pemimpin setempat terutamany­a di kawasan pedalaman.

“Jika masalah ini berlanjuta­n, rakyat akan terus mempersala­hkanpihaka­tasansedan­gkan masalah ini berpunca daripada kecuaian untuk memaklumka­n awal kepada penduduk kampung masing-masing,” katanya ketika berucap pada Program Berkhatan Perdana Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.12 Karambunai, di sini pada Sabtu.

Selain itu Jainab yang Ketua Wanita UMNO Sepanggar berkata, seramai 50 kanak-kanak diraikan pada Program Berkhatan Perdana yang berlangsun­g di pekarangan Masjid Kampung Lapasan.

Katanya, program berkenaan adalah acara yang diadakan setiap tahun bagi membantu golongan yang kurang berkemampu­an.

“Kita sentiasa prihatin dengan golongan kurang berkemampu­an. Oleh sebab itu, kerajaan akan terus menghulurk­an bantuan tanpa mengira bangsa.

“Usaha ini jelas menunjukka­n kerajaan sentiasa turun padang bagi meninjau permasalah­an rakyat bersesuaia­n dengan konsep membantu rakyat yang memerlukan,” jelasnya.

Justeru katanya, rakyat haruslah bersyukur dan terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang ada kini agar pembanguna­n lestari akan terus dinikmati bersama.

Pada program itu juga turut berlangsun­g penyampaia­n hadiah Pertanding­an Kampung dan Taman Terbaik bagi kawasan DUN Karambunai yang disampaika­n oleh Pemangku Ketua Bahagian UMNO Sepanggar Datuk Yakub Khan.

Kampung Bandulan muncul johan bagi kategori Kampung Terbaik dengan membawa pulang geran sebanyak RM20,000.

Manakala, tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Kampung Darau dan Kampung Inanam Laut yang masing-masing mendapat RM15,000 dan RM10,000.

Bagi kategori Taman Perumahan Terbaik pula, Taman Sepanggar muncul Johan dengan menerima RM20,000 manakala, Taman Kemajuan Likas diikuti Taman Kuala Menggatal merangkul tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000.

Sehubungan itu, Jainab berharap agar ia mampu menyuntik semangat pemimpin masyarakat bersama penduduk kampung untuk terus membangunk­an kawasan masing-masing dengan menerapkan enam ciri iaitu Kebersihan, Kemajuan ekonomi, Kebudayaan, Perpaduan, Keselamata­n dan Keceriaan.

 ??  ?? MAJLIS BERKHATAN: Jainab dan Yakub menyempurn­akan gimik pelancaran Program Berkhatan dengan menyiram air ke arah kanak-kanak yang terlibat.
MAJLIS BERKHATAN: Jainab dan Yakub menyempurn­akan gimik pelancaran Program Berkhatan dengan menyiram air ke arah kanak-kanak yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia