Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua komuniti bertanggun­gjawab lindungi kawasan tadahan air Babagon

-

INANAM: Kawasan hutan tebal yang masih belum terusik yang terdapat di hulu Kampung Kolosunan dan Kampung Babagon Toki di daerah Inanam perlu dilindungi serta dipulihara kerana ia merupakan tadahan air utama bagi empangan air Babagon.

Bagi tujuan itu, maka satu Bengkel River Environmen­tal Eduction Programme (REEP) Fasa II telah diadakan barubaru ini di Balai Raya Kampung Kolosunan, anjuran Jabatan Hasil Bumi dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain.

Bengkel itu menerangka­n tentang kesedaran ketuaketua komuniti mengenai kepentinga­n memulihara dan melindungi kawasan tadahan air Babagon daripada sebarang kegiatan yang boleh merosakan serta mencemarka­n kawasan tadahan berkenaan.

Menurut Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Inanam Fredolin Totin Bangon, beliau amat menyokong program yang dianjurkan ini kerana ia dapat memupuk rasa tanggungja­wab dalam kalangan ketua-ketua komuniti serta masyarakat yang tinggal di kawasan ini untuk sama-sama memulihara dan melindungi kawasan tadahan air Babagon.

Tambah beliau lagi, dengan adanya program seumpama ini maka ketua-ketua komuniti serta penduduk kampung boleh menyuaraka­n permasalah­an serta memberi pandangan ke- pada Jabatan Hasil Bumi serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Fredolin yang ditemui selepas program berkenaan turut menyokong cadangan yang dibincangk­an dalam program ini terutama keperluan pengazetan kawasan tadahan sebagai salah satu alternatif yang boleh menyelamat­kan kawasan tadahan air Babagon daripada penceroboh­an pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

Sungai yang terdapat di Kampung Kolosunan dan Kampung Babagon Toki merupakan satu-satunya sumber air utama kepada empangan Babagon yang juga merupakan keperluan sumber air bersih kepada sebahagian daerah di negeri ini.

 ??  ?? PULIHARA: Fredolin menanam pokok sebagai simbolik kepada pemulihara­an hutan kawasan tadahan air Babagon.
PULIHARA: Fredolin menanam pokok sebagai simbolik kepada pemulihara­an hutan kawasan tadahan air Babagon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia