Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan terperinci kenal pasti punca kemalangan bas ekspres

-

JOHOR BAHRU: Polis akan menjalanka­n siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan bas ekspres yang terjunam ke dalam curam sedalam 10 meter di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, pada Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata penyiasata­n bakal meliputi pelbagai aspek bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan sama ada disebabkan pemandu itu sendiri atau pun jentera.

“Kita akan bekerjasam­a dengan agensi- agensi lain tidak kira dalam bidang teknikal dan bukan teknikal seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya, Jabatan Pengangkut­an Jalan dan Puspakom Sdn Bhd bagi membantu kita menjalanka­n siasatan.

“Kita mahu mengenal pasti penyumbang utama kemalangan ini berlaku sama ada ia disebabkan kecuaian manusia atau berkaitan masalah teknikal iaitu bas dan jalan raya yang digunakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru, di sini semalam.

Mohd Zakaria berkata antara perkara yang akan diteliti adalah waktu rehat pemandu, penyediaan pemandu kedua dalam perkhidmat­an, ketahanan dan kekerapan penyelengg­araan bas serta jadual perjalanan bas.

“Syarikat bas sebelum ini memaklumka­n ada membekalka­n pemandu kedua tetapi kesahihan dakwaan ini kita akan siasat. Kawasan lebuh raya itu memang pernah berlaku kemalangan tetapi bukanlah kerap sangat berlaku,” kata beliau.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemungkina­n besar kemalangan berlaku disebabkan faktor kelajuan bas kerana bas tidak melanggar mana-mana kenderaan lain, kesan tayar di atas jalan raya tidak menunjukka­n kesan brek manakala siasatan ke atas bas serta laporan saksi ada menggambar­kan kesan hentakan yang kuat.

Mohd Zakaria berkata tragedi yang menyedihka­n itu telah menarik perhatian masyarakat termasuk pemimpin-pemimpin atasan dan pihaknya menasihatk­an agar pemandu- pemandu tidak kira individu, keluarga atau penyedia perkhidmat­an yang berada di jalan raya supaya sentiasa mengutamak­an keselamata­n.

Dalam nahas itu, seramai 14 orang maut, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur setahun, manakala 16 lagi cedera apabila bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam curam sedalam 10 meter lalu merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIASAT: Mohd Zakaria ketika sidang media selepas menyampaik­an surat penghargaa­n kepada anggotanya pada majlis Perhimpuna­n Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dekat Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama SIASAT: Mohd Zakaria ketika sidang media selepas menyampaik­an surat penghargaa­n kepada anggotanya pada majlis Perhimpuna­n Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dekat Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia