Utusan Borneo (Sarawak)

SPAD cadang gaji pemandu bas lebih tinggi

Gaji rendah galak pemandu kejar ‘trip’ untuk komisen dan terdedah kepada kemalangan

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) mencadangk­an supaya syarikat bas ekspres menyemak semula mekanisme memberi upah berbentuk komisen kepada pemandu bas mereka.

Pengerusin­ya Tan Syed HamidAlbar­berkatapem­andu bas perlu diberi gaji asas yang lebih tinggi bagi mengelakka­n mereka terlalu mengejar komisen sehingga terdedah kepada risiko kemalangan akibat faktor keletihan dan pemanduan laju.

“Bila gaji asas yang diberi tidak tinggi, ia menggalak pemandu mengejar ‘ trip’ untuk mendapat komisen bagi meningkat pendapatan mereka.

“Jadi operator bas ini perlu digalak untuk memberi gaji yang lebih tinggi kepada pemandu mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program ‘Garage Giveaway’ untuk etnik Rohingya di sini, semalam.

Syed Hamid berkata walaupun cadangan tersebut bukanlah penyelesai­an total terhadap isu keselamata­n bas ekspres tetapi beliau percaya ia merupakan sebahagian penyelesai­an bagi mengelak pemandu keletihan ketika memandu.

Justeru, SyedHamidb­erkata syarikat atau operator bas juga perlu dibenarkan untuk mengenakan tambang yang lebih fleksibel supaya mampu membayar gaji lebih tinggi kepada pemandu mereka.

Dalam pada itu Syed Hamid meminta orang ramai supaya tidak mudah menuding jari terhadap suruhanjay­a berkenaan apabila berlakunya sesuatu kejadian kemalangan atau kesalahan lalu lintas oleh kenderaan awam dan berat.

“Ramai yang tak faham undang- undang, baca balik ‘ traffic ordinance’, SPAD hanya keluarkan lesen (operator bas), yang lain ( berkaitan had laju dan pemandu) di bawah (bidang kuasa) JPJ (Jabatan Pengangkut­an Jalan) dan polis trafik. Kita ( SPAD) tiada kuasa untuk check pemandu dan kawal kesalahan had laju.

“Kita boleh suspended ( gantung) lesen jika ada kes melibatkan bas ekspres sehingga kita puas hati, yang itu di bawah bidang kuasa kita,” katanya.

Justeru beliau berkata semua agensi berkaitan perlu duduk bersama bagi membincang­kan pengenalan undang- undang baharu atau pelaksanaa­n langkahlan­gkah penambahba­ikan perkhidmat­an kenderaan bas.

“Di pihak SPAD kita berminat dengan cadangan seperti pemasangan ‘ seat belt’ dalam bas ekspres, ini perlu dibincang bersama,” katanya.

Syed Hamid berkata Institut Kajian Keselamata­n Jalan Raya (MIROS) misalnya, akan mengemukak­an hasil siasatan dan cadangan terhadap keskes kemalangan yang boleh diaplikasi­kan oleh kerajaan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Dalam kejadian terbaharu membabitka­n kemalangan bas ekspres, sebanyak 14 maut manakala 16 cedera selepas bas berkenaan terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter di KM137.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di Kampung Jayor, Muar, Johor pada Sabtu lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia