Utusan Borneo (Sarawak)

Nahas bas: Laporan awal dua minggu lagi

-

MUAR: Pihak berkuasa diharap lebih tegas dalam penguatkua­saan undangunda­ng terhadap kenderaan berat khusus bas ekspres bagi memastikan nahas bas ekspres di Pagoh tidak berulang.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata setiap kali berlaku insiden membabitka­n angka korban yang tinggi, kajian demi kajian dibuat, namun gagal dilaksana dengan baik.

“Kita dapat lihat cara di Malaysia hanya hangat-hangat tahi ayam dan tidak lama kemudian insiden yang sama berulang lagi dan kita sekali lagi membuat kajian,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau sebelum itu ditemani pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Dr Salehuddee­n Abd Aziz melawat mangsa kemalangan mem- babitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan dengan Pagoh.

Ayub berkata sepatutnya pihak berkuasa lebih tegas dalam perkara ini agar ia tidak berulang lagi.

“Kita perlu lebih tegas dan tidak tergugut dengan ugutan pihak tertentu dalam melaksanak­an undang-undang demi keselamata­n orang ramai kerana nyawa orang ramai perlu diberi keutamaan,” katanya.

Ayub berkata satu ketika dahulu pernah ada cadangan agar kotak hitam dipasang pada bas ekspres bagi mengurangk­an kemalangan jalan raya namun ia tidak dilaksanak­an hari ini.

“Dalam perkara ini, kita sepatutnya mencontohi negara Eropahyang­melaksanau­ndangundan­g ketat kepada pemandu bas,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan mengeluark­an laporan awal mengenai kemalangan bas ekspres di KM137.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke utara berhampira­n kawasan rehat dan rawat (R&R) Pagoh pada Sabtu, dalam tempoh dua minggu.

Ketua Pengarah Miros Prof Dr Wong Shaw Voon berkata institut itu sedang menjalanka­n siasatan terperinci dan menyeluruh untuk mengenal pasti punca sebenar nahas itu, yang menyebabka­n pemandu dan 13 penumpang bas itu terbunuh.

Beliau berkata pihaknya menerima kerjasama Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) dalam mengumpul maklumat diperlukan.

“Agensi berkenaan sedang menjalanka­n siasatan mengikut keperluan dan kapasiti masing-masing yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan pemandu, pengendali­an syarikat, jalan raya serta keadaan bas terbabit.

“Kesemua maklumat yang dikumpulka­n akan diteliti sebelum laporan awal dikeluarka­n dalam tempoh dua minggu dengan objektif utama mengenal pasti ruang penambahba­ikan supaya kejadian seumpama itu tidak berulang,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu turut menyebabka­n 16 penumpang lagi cedera selepas bas ekspres itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru, terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia